RESEPI KFC COLESLAW YANG MUDAH

Assalammualaikum...

Kalau zaman dulu asal pergi KFC je mesti suka makan coleslaw dengan kentang putar die. Makan dengan roti ban die pula. Memang terbaik.heheh. Sekarang ni dah jarang nak makan tu semua. Bahaya. hahaha. Tambah dengan anak-anak, tak nak galakkan sangat diorang makan fast food ni.


Jadi hari ni Ida nak kongsikan dengan korang resepi KFC coleslaw yang mudah so korang pun boleh buat je kat rumah.

RESEPI KFC COLESLAW YANG MUDAH 

Bahan-bahan:

  • 1 biji kubis potong dadu 
  • 1 batang carrot potong dadu 
  • 2 biji bawang holland potong dadu 
  • ½ cawan mayonis 
  • ⅓ cawan gula pasir 
  • ¼ cawan susu full cream (dutch lady) 
  • ¼ cawan buttermilk 
  • 2 ½ sudu besar perahan lemon 
  • 1 ½ sudu besar cuka 
  • ½ sudu kecil garam 
  • ⅛ sudu kecil serbuk lada hitam 
Cara-caranya :

1. Kubis dan lobak merah potong dadu. Ketepikan.
2. Di mangkuk yang lain, masukkan bawang, mayonis, gula pasir, susu, buttermilk, perahan lemon, cuka, garam, dan blackpepper. Kacau rata.
3. Satukan kubis, lobak merah dan bahan di no 2.
4. Kacau sehingga sebati. Nak lebih sedap, perapkan selama semalaman.

Terima kasih pada empunya resepi Afrina Zulqarnaen


Resepi di atas ni ikutkan memang banyak so kalau korang nak makan sorang je, ikut anggaran la banyak mana. Gula tu pun sebaiknya kurangkan juga. Biar kurang gula dalam masakan, jangan kurang manis dalam senyuman.hehehe

SELAMAT MENCUBA!

2 comments: