10 MAKANAN TERBAIK UNTUK TULANG SIHAT DAN KUAT

Assalammualaikum...

Sempena promosi vitamin kalsium bulan ni, Teruja Ida nak cerita sikit tentang kepentingan penjagaan tulang ni. Yelah takkan nak jaga kecantikan muka sahaja, nak jaga badan sahaja. Tulang pun kena jaga juga supaya sentiasa sihat dan kuat. Takde la muda-muda lagi dah sakit-sakit badan bagai. Orang dulu sendiri pula nampak lebih kuat dari kita. Malu kan?




Tahu tak?


Seorang bayi dilahirkan dengan 300 tulang semasa lahir. Sesetengah tulang anak anda terdiri daripada tulang rawan (tisu elastik, licin dan bertekstur seperti getah) manakala sebahagian tulang lagi terdiri daripada bahan yang sama. Apabila mereka membesar, tulang ini bergabung bersama, tulang rawan pula mengeras dan akhirnya tinggal 206 tulang yang terdapat pada kita sebagai orang dewasa.Memelihara tulang anak anda sejak kecil adalah penting kerana apabila mencapai usia 20 tahun, pertumbuhan tulang mereka berhenti (jisim kemuncak tulang). Tambahan pula, tulang kita menjalankan banyak fungsi utama

kredit Harian Metro

Banyak faktor yang menyebabkan kesihatan tulang kita terganggu seperti pemakanan, diet tak seimbang, dan banyak lagi.



Individu dewasa sehingga umur 50 perlu mendapatkan 1,000 miligram kalsium dan 200 iu vitamin D sehari. Individu dewasa berumur lebih daripada 50 tahun perlu mendapatkan 1,200 miligram kalsium dan 400-600 iu vitamin D.

Jadi di sini Ida nak kongsikan 11 makanan terbaik untuk tulang sihat dan kuat.

11 MAKANAN TERBAIK UNTUK TULANG SIHAT DAN KUAT

1. Susu



Bila sebut tentang tulang sihat mestilah kita akan terus kepada pengambilan susu. Susu merupakan sumber kalsium dan vitamin D yang baik untuk tulang kita. Dari kecil sehingga dewasa sangat digalakkan untuk minum susu. Sebaiknya cuba untuk minum susu 3 kali sehari untuk mendapatkan tulang yang sihat dan kuat.

2. Keju



Semua orang suka makan keju kan. Sekarang ni pun kebanyakkan makanan akan ditambah keju kat atasnya. Terliur plak rasa. Keju juga bagus untuk tulang dan mengandungi jumlah vitamin D yang sangat kecil jadi pengambilan keju sahaja tak cukup untuk menampung keperluan kalsium harian kita.

3. Bayam



Dari zaman kecil Ida memang suka makan bayam ni. Anak-anak pun Ida galakkan untuk makan bayam kerana ia bagus untuk tulang. Kalau korang tengok kartun Popeye, setiap kali dia makan bayam mesti badan akan jadi kuat kan. Korang boleh la gunakan teknik ni untuk pujuk anak makan bayam. "Kalau makan bayam, nanti badan abang jadi kuat dan sihat macam Popeye". Bayam bukan sahaja mengandungi kalsium malah ada vitamin A,C, dan K yang tinggi.

4. Sayur kale



Jarang orang nak makan sayur kale ni. Rasanya pahit sedikit. Sayur kale ni bagus untuk tulang kita kerana mengandungi kalsium, vitamin A, C dan K yang tinggi. Jangan risau korang juga boleh tukarkan kepada sayur lain seperti sawi atau brokoli bagi mendapatkan sumber kalsium yang sama.

5. Ikan sardin


Selalunya ikan sardin ni kebanyakkan orang akan beli yang dalan tin. Sebaiknya cubalah la beli ikan segar di pasar dan masak sendiri di rumah. Ikan sardin mengandungi sumber kalsium, protein dan zat besi yang baik untuk kesihatan badan mahupun tulang.

6. Ikan salmon


Agak mahal untuk makan ikan salmon jika dibandingkan dengan ikan sardin. Ikan salmon mengandungi vitamin D dan asid lemak omega 3 yang bagus untuk tulang dan otak. Malah bagus untuk sendi kita.

7. Telur



Semua orang suka makan telur kan. Kalau setiap kali nak makan, mesti ada juga sajian telur ni atas meja. Telur mengandungi sumber vitamin D yang bagus untuk tulang kita. Dengan harga yang murah dan mudah didapati jadi takde alasan nak masukkan telur dalam diet harian korang.

8. Biji labu


bila cakap pasal biji labu ni selalunya ia bagus untuk kuatkan sistem imun kita. Biji labu sebenarnya mengandungi kalsium, protein, magnesium dan asid lemak omega 3 yang sangat bagus untuk badan dan kesihatan tulang kita.

9. Bijirin


Bijirin juga bagus untuk tulang kerana mengandungi sumber vitamin D. Cuba cari bijirin yang bagus dan kurang gula untuk diet korang.

10. Buah kiwi


Buah kiwi sangat bagus untuk tulang kerana ia bukan sahaja mengandungi vitamin C malah mengandungi sumber magnesium yang tinggi.

11. Buah oren


Buah oren bukanlah mengandungi sumber kalsium untuk tulang tetapi ia bagus untuk menyerapan kalsium dan vitamin D ke dalam tulang kita. Kajian telah menunjukkan bahawa asid askorbik dalam oren boleh membantu penyerapan kalsium.


Ostematrix membekalkan:

# 1,000 mg (100% Daily Value) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi

# 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya

# 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.

Mineral seperti mangan, kuprum dan zink mengukuhkan lagi matriks tulang anda dan memastikan kesihatan tulang berada di tahap yang optimum.

Testimoni pengguna Ostematrix:






Klik di sini untuk pembelian segera




Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya: 

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

6 comments:

  1. Najihah juga selalu amalkan ostematrix bila senggugut. Alhamdulillah reda jugalah...

    ReplyDelete
  2. Uishh sayur Kale tu pertama kali saya tahu, tak pernah tgk pun sebelum ni. Yang lain2 tu memang biasa, dan kebanyakkan memang consume pun.

    Dah tua2 ni memang kena ambil berat pasal kesihatan tulang ni.

    ReplyDelete
  3. wah... bagus ni.. ok.. nak kena cari bayam lepas ni... tanam pun ok kan,,

    ReplyDelete