KATA MADAH 8#




Assalammualaikum...

Pagi ahad yang redup ni korang buat apa? Kalau di sini anak-anak dah bersekolah. Kalau di negeri lain sedang berhujung minggu kan. Jadi masa yang terluang ni cubalah untuk luangkan lebih masa untuk keluarga dana anak-anak. Esok dah mula kerja dah tak sempat nak layan diorang.


Jadi pagi ni Ida kongsikan sedikit kata madah.


SYUKURI APA PUN YANG KAU ADA SAAT INI.

SEDARLAH BAHAWA TIDAK ADA YANG SEMPURNA DI DUNIA INI.

TIDAK ADA YANG TERLEPAS DARIPADA SEGALA KEKURANGAN.

Dalam kata-kata ni Ida cuba terangkan sedikit mengikut apa yang Ida faham.

Perjalanan hidup kita semua dah ditentukan oleh-Nya. Jadi kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang kita sekarang ni. Bukannya tak boleh meminta lebih dari itu, kita berdoa..usaha. Mungkin Allah taknak bagi kita sekarang tapi akan bagi pada masa akan datang. 

Mungkin Allah nak suruh kita berubah menjadi lebih baik dahulu sebelum Dia nak bagi. Walaupun dulu kita bukanlah orang yang baik, selalu buat jahat, alpa dengan dunai tapi kita boleh berubah. Sebab kita ni hanya manusia biasa yang serba kekurangan. Jadi cuba baiki diri untuk menjadi lebih baik. Kalau diri sendiri macam itu sahaja, macam mana Allah nak bagi kita lebih. Betul tak?

Sebab semua rezeki kita Allah yang bagi. Dia yang tentukan.
Insyaallah kita semua umatnya yang sentiasa mensyukuri nikmatnya. amin..

Post a Comment

4 Comments

  1. bersyukurlah dengan segalanya. berterima kasih atas rahmat dan rezeki dariNya. insyallah akan bertambah2 yang datang. alhamdulillah =)

    ReplyDelete
  2. Bersyukur buat hati bertambah tenang. Bersyukur buat kita rasa dipermudahkan

    ReplyDelete