KATA MADAH 10#

11:21:00 AM

Assalammualaikum..

Happy sunday korang! Buat apa je hujung minggu ni? Kalau kat sini memang dah mula bersekolah. Jadi permulaan minggu kite aturkan rancangan yang nak buat sepanjang minggu ni.

Hari ini Ida nak kongsikan sedikit kata madah untuk kita semua.




Disebalik kata-kata sindiran, kritikan dan umpatan mungkin terselit teguran dan hidayah.

Cuba belajar untuk positif. Kita ini memang susah nak nampak buruk sendiri.

Tak salah rasa kalau cuba untuk muhasabah diri. Belajar rendah diri dan jangan bongkak.


Kesimpulannya:

Janganlah terlau kecik hati jika ada orang menegur kita. Mungkin ada silapnya dengan cara kita jadi janganlah cepat melatah, naik angin dan sebagainya.

Fikir secara positif. Teguran itu semua sebenarnya untuk menjadikan kita lebih baik. Nak buka minda kita berfikiran lebih matang bukannya untuk memburukkan kita. Kita semua ada salah dan silapnya. Tak semua apa yang kita buat adalah betul.

Jadi chill lah!

You Might Also Like

2 penggomen