KATA MADAH #7

Assalammualaikum...

Salam ramadhan yang ke14 buat semua kawan-kawan. Sekejap je masa berlalu dah separuh bulan kita berpuasa. Masing-masing pun dah mula buat persiapan nak beraya nanti.

Hari ini Ida nak kongsikan sedikit hadis.


Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi s.a.w bersabda:


" Jika Imam (dalam solat) membaca "Aminn" maka bacalah " Amiin". kerana barangsiapa bacaan "Amiin"nya bersamaan dengan bacaan "Amiin" Malaikat, akan diampuni dosanya yang telah lalu"

HR Bukhari

Allahuakhbar. Sebab itu la digalakkan bagi kita untuk solat berjemaah bersama-sama. Kita bukanlah seorang yang sempurna jadi cubalah sempurnakan solat kita sebaiknya kerana amalan kitalah yang akan jadi bekalan kita di akhirat kelak.

Semoga bulan Ramadhan kali ni kita sama-sama cuba baiki dan mempertingkatkan amalan kita..Amin..

Post a Comment

0 Comments