6 TIPS KEKAL BERSEMANGAT DALAM BISNES

Assalammualaikum...

Dalam perniagaan ni ada pasang surutnya. Ada yang naik dan ada yang turun. Berniaga ni sebenarnya banyak mengajar kita banyak perkara yang baru. Kesabaran, semangat, kegigihan dan sebagainya.



Bagi mereka yang ada matlamat atau tujuan bila berbisnes ni mesti hatinya akan lebih cekal berbanding mereka yang berniaga hanya sekadar suka-suka atau ikut orang. Dan bagi merek yang kurang cekal hatinya ni mungkin akan hilang semangat dalam bisnes apabila sesuatu perkara yang berlaku.

Di sini Ida nak kongsikan tips kekal bersemangat dalam bisnes

6 TIPS KEKAL BERSEMANGAT DALAM BISNES

1. Tahu hala tuju atau tujuan


Sebelum menjalankan sesuatu bisnes atau perniagaan ni pastikan korang tahu apa tujuan korang. Matlamat korang. Contohnya untuk membayar hutang atau mungkin untuk kehidupan yang lebih baik. Sebenarnya tak salah kalau kita nak kehidupan yang lebih baik berbanding sekarang. Bukannya bermakna kita tak bersyukur tapi dengan keadaan yang lebih baik kita boleh menolong lebih ramai orang diluar sana. Jadi bila rasa down, ingat balik apa tujuan korang bila berbisnes ni.

2. Kekalkan momentum


Pastikan korang kekalkan prestasi korang ketika melakukan kerja. Bila prestasi kerja kita menurun, momentum kerja juga akan menurun malah motivasi diri kita yang sebenar dalam bisnes juga akan mula berkurangan. 

3. Sentiasa berada dengan orang yang positif


Percaya tak bila kita berada di kalangan orang yang positif secara tak langsung aura kita juga akan menjadi positif. Jadi cuba rapatkan diri kita dengan orang-orang yang ada aura positif ni. Elakkan atau kurangkan bergaul dengan mereka yang ada aura negatif.

4. Dekatan diri dengan-Nya


Bila otak kita berasa letih, badan letih akan ada suara-suara halus yang akan menghasut kita supaya mengalah dan berputus asa. Jadi bila korang rasa down, cepat-cepatlah dekat diri dengan-Nya. Mengadu dan bercerita pada-Nya, insyaallah korang akan rasa lebih lega dan tak mudah goyah lagi.

5. Perlu ada minat


Dalam bisnes ni bukan sekadar ada tujuan tapi juga perlu ada minat. Begitu juga dengan perkara yang lain. Bila minat semuanya akan berjalan lancar. Walaupun kena caci, kutuk dan sebagainya kita tetap maintain. Jadi bila mulakan sesuatu pastikan adakah korang suka atau tidak.

6. Berkorban masa


Bila nak berjaya mestilah ada yang perlu kita korbankan. Permulaan mungkin ada yang terpaksa berkorban masa untuk diri sendiri. Ada yang kurang rehat, kurang bersosial dengan kawan-kawan dan sebagainya. Memang akan berasa penat dan susah pada permulaannya. Tetapi bila dah berjaya mesti semuanya akan jadi lebih mudah. Jadi bila korang rasa down, ingat semula apa yang korang dah lakukan selama ni. Berbaloi ke nak berhenti sekarang? Sedangkan Allah sendiri tak suka orang yang lakukan kerja separuh jalan.

Jadi ni sedikit tips yang Ida boleh kongsikan supaya awak-awak di luar sana boleh kekal bersemangat dalam bisnes. Semua perkara yang kita lakukan pasti ada ujiannya jadi bertabahlah dan jangan putus asa.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

Post a Comment

1 Comments