PERCUTIAN MENARIK DI PULAU PERHENTIAN

Assalammualaikum...

Baru berkesempatan nak menaip entry ni selepas bercuti. Penat pun masih belum hilang lagi. Baru-baru ni masa cuti sekolah, Ida sekeluarga bersama keluarga kawan en suami, kami pergi bercuti ke Pulau Perhentian. Perancangan ni dah buat sebulan awal lagi untuk buat persediaan semua.



Kami kena ada di Jeti Besut dalam pukul 8 pagi. Jadi disebabkan dari rumah Ida nak ke sana dalam 4 jam. Berkemungkinan kena bertolak dalam pukul 2 pagi dari sini, so kawan suami ajak tidur rumahnya malam sebelumnya di Kuala Terengganu. Kalau dari rumahnya dalam 2 jam dah sampai. Jadi dalam pukul 5.30 pagi kami dah bertolak ke sana dan singgah solat subuh di masjid berdekatan.

Dah sampai Jeti Besut tu kami sarapan dulu di kedai berdekatan jeti sebelum naik bot. Dah kenyang sarapan semua, kami ke pejabat agensi Sealife Travel and Tours di Plaza Mara Pekan Kuala Besut yang berhadapan dengan Jeti Besut untuk pendaftaran. Dah selesai semua kami ke Jeti Besut untuk beli tiket bot. Harga tiket bot RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. 

Pintu gate jeti dah buka kami terus masuk ke dalam bot ikut agensi masing-masing. Memang ramai orang termasuklah pelancong asing. Masa naik bot tu, hanya anak-anak kami je yang ada. Selebihnya semuanya orang dewasa dan pelancong asing. Safety jacket jangan lupa pakai ye sebab bot laju dan laut pun berombak kuat. 




Perjalanan dalam 40 minit tak silap tapi sekejap ke rasa. So dalam pukul 10 pagi rasanya kami dah sampai di Flora Bay Resort. Tapi sebelum tu bot dah ke resort lain untuk hantar penumpang di Pehentian Kecil tak silap. Di sini bagi yang berkeluarga dan ada anak-anak tak digalakkan sangat sebab memang bising dan ramai orang berpesta waktu malam. So kalau nak rehat dengan sunyi boleh la ke Perhentian Besar. 



Ikutkan check in pukul 2 petang jadi pada mulanya kami boleh je letak barang dekat reception sebab lepas sampai tu kami terus untuk aktiviti snorkeling semua. Yelah ni percutian 2 hari 1 malam je so sampai memang terus kami buat aktiviti yang ada. Kebetulan 1 bilik memang dah sedia so barang kami letak dalam bilik sebelah. Nasib bilik kami berhadapan je dengan reception dan kafe. So senang. Dah siap tukar baju dan simpan barang. Kami terus naik bot untuk aktiviti. Bawa la 1 beg untuk simpan barang-barang penting dan roti untuk bagi ikan-ikan makan. 


Bagi yang nak tahu pakej Sealife Travel and Tours ni boleh la tengok. Kebetulan akak agensi ni kawan kepada Kak Salmi (isteri kawan en suami). So senang sikitla. Bayaran untuk Ida sekeluarga dalam RM800 termasuk makan semua.




Aktiviti kami  semua cuma bagi ikan-ikan makan, tengok coral dan penyu. Gambar dalam air takde cuma video je. Penyu pun tak dapat nak tengok sebab banyak bot masa tu, penyu plak tak banyak. Risau nanti anak-anak berlanggar dengan bot so yang dewasa je turun. Shark Point kami tak pergi sebab ada anak-anak kecil. Kalau orang dewasa semua memang dia bawa.

Tapi seronok tengok anak-anak mandi. Si Aqil mula-mula takut sebab dalam. Lepas tu ajak sekali lagi, taknak naik plak. Dia seronok mandi.hehe.





Dalam tenghari tu kami ke Fisherman Village untuk makan tengahari. Memang sekali dengan pakej die bagi makan. Alhamdulillah makanan simple je tapi sedap ikan goreng die. Rasa segar dan manis. Ikutkan Ida nak tambah 2 pinggan tapi malu.hahaha

Dah habis makan sampai kenyang, kitorang naik bot pergi menyelam sekali lagi.hahaha. Anak-anak macam tak puas je mandi. Kali ni kami ke Lata Air Berani plak. Best dapat mandi mata air original dari bukit. Sejuk je serius. Kalau dalam jadual diorang bagi nama die The Lighthouse Coral Reef dan Romantic Beach. 



Dah puas mandi semua, kitorang naik bot balik ke resort. Masa ni tak silap dalam pukul 2 petang macam tu rasanya. So sampai sana kitorang dah boleh check in masuk bilik. Nasib bilik dekat ke dengan jeti dan kafe. 

Masuk bilik je terus mandi bilas semua dan berehat. Dah selesai solat jamak semua tertidur la plak kami sampai ke petang.hahaha. Ingatkan nak pusing-pusing petang tu tapi dah dekat magrib. So lepas magrib tu kami terus makan malam je. Ikutkan dalam pakej dia bagi BBQ tapi takde sebab orang resort tu kata tak cukup orang. Ida rasa mungkin sebab tak ramai sebab tu diorang tak buat BBQ. Takpelah asalkan dapat makan kenyang semua. 

Dah habis makan malam tu kami pusing sekeliling. Gelap la sikit waktu malam tapi ada hotel-hotel lain sepanjang pantai. Malam tu ada pertunjukkan api dalam pukul 9 malam macam tu. 

Dah puas tengok semua balik la ke bilik. Malam memang takde aktiviti kat sini. Kalau dekat pulau sebelah rasanya meriah kot. Party time kat sana, rasanya.

Esok pagi bangun dah sarapan di kafe dan anak-anak pun siap untuk mandi pantai sekali lagi depan resort. Bot datang ambil dalam pukul 10 pagi so sempat la anak-anak nak terjun sekali lagi. 






geng mak-mak selfie sambil tengok anak-anak mandi.hahaha



Okay time to go home. Alhamdulillah walaupun sekejap tapi best. Tak puas rasanya. Next time next pulau plak.haha. Kalau lama-lama pun tak boleh jugak. Kat resort ni takde TV, so kalau ke pulau memang bercuti lihat permandangan alam semulajadi. 

Balik tu hujan plak. Kami pakai baju kemain lawa nak ke tempat lain, rosak planning sebab hujan lebat. Habis basah kuyup semua sebab guna bot biasa masa ni. Sampai jeti Besut semua pelik tengok kami basah kuyup.hahaha. Hujan lebat sangat sampaikan tak nampak darat. Kami terpaksa berhenti tengah-tengah laut nak tunggu bot lain. Nasib la ta sesat masuk sempadan lain.




Siapa berminat nak dapatkan agensi ni boleh la hubungi akak ni. Ada banyak pakej ikut pada bajet korang.


SEALIFE TRAVEL AND TOURS




Have fun!!

Post a Comment

6 Comments