Pages

8 PETUA PUTIHKAN GIGI SECARA SEMULAJADI

by - 8:07:00 PM

Assalammualaikum...

Kuningnya gigi die tu, muka je cun tapi gigi tak cun

"Ko ni berus gigi ke tak, kuning je" 


Malu kan kalau ada orang tegur gigi kita kuning? Seolah-olah macam kita ni tak berus gigi. Tahu tak selain penampilan muka, pakaian dan sebagainya. Kecantikan gigi juga dititikberatkan kerana setiap hari kita akan bercakap dengan orang ramai terutamanya mereka yang berkerjaya.

Walaupun ada terjual ubat gigi untuk putihkan gigi di pasaran tapi tak semuanya mungkin tak berkesan pada kita. Mungkin juga kita boleh cuba putihkan gigi secara semulajadi.

8 PETUA PUTIHKAN GIGI SECARA SEMULAJADI 

1. Kayu sugi/miswak


Petua ni digunakan dari zaman dahulu lagi dengan memberus gigi menggunakan kayu sugi. Sekarang pun masih ada tapi jarang jumpa. Ia sangat berkesan untuk putihkan gigi dan dalam masa yang sama membantu untuk kuatkan gigi dan menghilangkan kotoran yang ada pada gigi.

2. Kayu arang


Siapa pernah tengok citer Upin dan Ipin dalam episod Penjagaan Gigi tu. Ada pasal datuknya gosok gigi dengan arang untuk putihkan gigi. Ia juga berkesan untuk putihkan gigi tapi tak boleh berlebihan sebab boleh merosakkan enamel gigi. Sekarang juga da terjual serbuk arang untuk putihkan gigi dalam media sosial. 


3. Kulit oren


Vitamin C pada kulit oren membantu atasi masalah gigi kuning dan membantu menghilangkan kuman. Ida suka ambil kulit oren selepas makan tu untuk gosok gigi. Kalau korang rajin setiap kali makan oren tu, ambil kulitnya gosok gigi sebelum tidur.

4. Baking soda


Banyak sebenarnya kegunaan baking soda ni selain untuk membuat kek. Ia bukan sahaja membantu memutihkan gigi juga membantu untuk singkirkan plak pada gigi kita


5. Lemon dan garam


Campuran kedua bahan ni boleh dijadikan pes ubat gigi semulajadi kerana sangat membantu untuk hilangkan masalah kuning pada gigi sekaligus akan memutihkan gigi. Caranya mudah je, ambil perahan jus lemon dan campurkan dengan garam dan gosok seperti biasa. Memang agak masam dan masin tapi berkesan.


6. Buah strawberi


Buah strawberi juga kaya dengan vitamin C yang membantu memutihkan gigi dan hilangkan masalah gigi kuning. Selain dimakan ia juga boleh dijadikan pes untuk menggosok gigi.

7. Pokok pinang

Orang dulu-dulu suka makan daun sirih dan buah pinang kan. Tetapi ni pokoknya yang bagus untuk memutihkan dan menguatkan gigi. Bakar benih dari pokok pinang sehingga hangus dan tumbuk kemudian gosoklah gigi korang.

8. Minum susu


Sumber kalsium dari susu bukan saja dapat kuatkan gigi malah juga untuk membantu putihkan gigi. Kalau ada yang tak suka minum susu boleh la ambil produk tenusu yang lain seperti yogurt dan keju.

Semoga ini membantu korang untuk putihkan gigi. Good Luck!

You May Also Like

6 comments

  1. Kami pernah tanya doktor pasal buat whitening gigi kat hospital. Doktor tak suggest pasal boleh nipiskan enamel gigi. Tapi rasanya tips last guna susu tu mesti doktor setuju sangat kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. minum susu memang bagus untk gigi dan tulang..sumber kalsium. Boleh tanya doktor

      Delete
  2. dulu rajin gosok gigi dengan arang tapi rajin sampai 1 minggu je lah lepastu malas sampai ke sudah hihu

    ReplyDelete

Sponsor