BLOG BERCUTI

Assalammualaikum..

Selamat kembali bekerja korang. Mesti kebanyakkan dari korang bercut kan masa Tahun Baru Raya Cina baru-baru ni. Ida takde istilah bercuti, yelah surirumah sepenuh masa kan. Cuti ke tidak sama je.


Tapi blog Ida bercuti.hehehe. Kebetulan adik Ida datang sini bercuti, tak ke mana pun. Jalan-jalan di Kemaman ni je. Ida pun takde masa nak menghadap laptop nakk update blog. Sekadar tengok hp je update IG dan Facebook.

Banyak ke korang dapat limau mandarin? 

Ida aritu suami dan bawa balik sekotak limau mandarin, ni adik ipar datang bagi lagi sekotak. Berlambak kat rumah, nasib la duduk dekat-dekat dengan jiran. So agih-agihkan sikit pada yang ada di rumah.hehehe

Bila musim raya cina ni teringat dekat arwah popo. Kalau tahun-tahun sebelum ni mesti buat makan besar sebelum raya cina. Walaupun arwah mualaf, kami masih sambut sekadar macam hari raya. Buat makan-makan, pakai baju merah. Al fatihah untuk arwah

Apa-apa pun selamat kembali semua!

6 KEPENTINGAN PENGAMBILAN PROTEIN KEPADA IBU HAMIL

Asslammualaikum...

Sumber protein sangat penting dalam diet seharian kita dan menjadi lebih penting untuk ibu-ibu hamil untuk mengambilnya setiap hari. Protein iui bukan sahaja membantu membekalkan tenaga malah bagus untuk kesihatan ibu-ibu hamil dan bayi dalam kandungan. Tetapi protein berlebihan pun tak bagus jugak.




Jadi berapa banyak pengambilan protein yang diperlukan oleh ibu hamil?



Bergantung pada berat ibu-ibu hamil.

Cara pengiraannya:


FORMULA: BERAT (KG) X 1.5

Contoh: Berat 55kg

Pengiraan:
55kg x 1.5 = 82.5gram sehari


Jadi semakin tinggi berat si ibu semakin banyak protein yang diperlukan dalam badan.





6 KEPENTINGAN PENGAMBILAN PROTIEN KEPADA IBU HAMIL

1. Ia sangat diperlukan untuk pertumbuhan jaringan pada janin dalam kandungan seawal usianya. 

2. Protein merupakan blok-blok pembinaan asas badan ibu dan bayi

3. Ia membantu pertumbuhan plasenta, uterus dan pertumbuhan otak janin kita.

4. Ia juga membantu penghasilan susu dan membantu aliran darah ibu supaya lebih lancar.

5. Membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi

6. Pada trimester ke-3 keperluan protein semakin meningkat bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.


Risiko kekurangan protein bagi ibu hamil: 

  • Risiko melahirkan bayi premature/tidak cukup bulan
  • Pembentukan sistem saraf mungkin terganggu dan menyebabkan risiko kepada kematian/keguguran
  • Pertumbuhan bayi akan terbantut dan tidak normal mengikut usia kehamilannya
  • Ibu hamil mungkin berisiko mendapat anemia atau kekurangan sel darah merah semasa hamil dan selepas bersalin
  • Penghasilan susu juga mungkin akan berkurang selepas kelahiran nanti

ESP shaklee ialah minuman protein yang mengandungi banyak kelebihan kepada ibu dan anak yang dikandung. Ia penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu dan hormon dalam tubuh. Ia penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. 


8 SEBAB KENAPA ESP BAGUS UNTUK IBU HAMIL

1. Membantu ibu lebih bertenaga

2. Mengelakkan pre-eklampsia

3. Menjadikan kulit ibu dan bayi lebih putih, licin dan gebu

4. Membantu mengelakkan ibu-ibu terkena kencing manis Gestational

5. Membantu menghasilan susu selepas bersalin

6. Membantu meningkatkan bekalan darah

7. Membantu perkembangan tisu bayi

8. Membantu mengekalkan berat badan ideal semasa hamil dan selepas bersalin

Testimoni 1: Ibu haml memandu jauh pun masih steady bertenaga. Berbeza berbanding mengandungkan anak pertama dulu.


Testimoni 2: Sepanjang mengandung mengambil ESP. Ada strechmark pun dah hilang sekarang, kulit anak pun jadi putih dan gebu.


Testimoni 3: Baby shaklee. Kulit anak lebih gebu, halus dan mulus. 


Testimoni 4: Sepanjang mengandung hanya minum ESP untuk tenaga. Kulit anak memang putih gebu sampaikan ramai yang tanya minum apa semasa mengandung. Ruam pada kulit anak pun takde.


Klik di sini untuk order segera


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp : www.wasap.my/0174636210
Email : chintashoope@gmail.com 
No Id: 1074293 

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana

Assalammualaikum...

Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana

klik pada banner untuk join

RESEPI LALA REBUS YANG MUDAH

Assalammualaikum...

Sekali sekala masak masakan yang ringkas pun sedap. Takkan hari-hari nak makan mewah je kan.hahaha. Kebetulan hari tu beli lala sebab anak nak sangat makan. So Ida buatla lala masak rebus je.

RESEPI LALA REBUS YANG MUDAH


Bahan-bahan:

  • Lala yang sudah dibasuh bersih
  • Serai
  • Halia
  • Asam keping
  • Garam
  • Gula
  • Cili merah
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Kiub ayam jika nak letak
Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
2. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
3. Rebus sehingga masak dan jangan lupa rasa
4. Siap dihidangkan dengan nasi panas dan sedikit sambal belacan pun sedap.


SELAMAT MENCUBA!

SET MANDIAN BAYI ORGANIK DAN NATURAL

Assalammualaikum...

Tahun ni dah beberapa orang kawan-kawan alam maya Ida selamat melahirkan anak. Alhamdulillah syukur pada Allah, bertambah lagi umat di dunia ni.



Cakap pasal bayi yang baru lahir ni mesti kebanyakan bayi alami masalah kulit sensitif kan. Jadi merah-merah, kering dan sebagainya. Jadi kebanyakkan ibu-ibu akan cuba elakkan untuk gunakan sebarang produk mandian bayi yang boleh merosakkan lagi kulit mereka. Atau mungkin ada ibu-ibu yang berusaha mencari produk mandian yang organik, semulajadi untuk kegunaan bayi.


Sekarang ibu-ibu tak perlu risau lagi sebab Shaklee dah keluarkan produk set mandian bayi yang organik, natural dan selamat digunakan pada semua jenis kulit. Termasuklah anak-anak yang ada masalah kulit sensitif dan ekzema.

Inilah....

SHAKLEE BABY


Set mandian bayi ini terdiri daripada 3 produk iaitu :
  1. Shakleebaby Gentle Wash
  2. Shakleebaby Soothing Lotion
  3. Shakleebaby Massage Oil



Apa keistimewaan set mandian bayi Shakleebaby ni??
  • Diuji Pakar Pediatrik
  • Diuji secara klinikal
  • Bahan semulajadi dan organik
  • Tidak menimbulkan alahan
  • pH seimbang
  • Bahan yang disahkan organik
Diformulasi TANPA:
  • Paraben
  • 1,4-dioxan
  • Natrium lauril sulfat (SLS)
  • Warna tiruan atau wangian
  • Phthalates
  • Bisphenol-A (BPA)
  • Formaldehid
Testimoni 1: Selama 2 bulan menggunakan Set Mandian Shakleebaby ni memang best. Bau fresh je pekat dan langsung tak melekit. Lembut je pada kulit anak.


Testimoni 2: Walaupun letak sikit je pun berbuih banyak. Sapu lotion pada kulit anak rasa lembut je.



Testimoni 3: Losyen dan sabun Shakleebaby taknyah letak banyak pun takpe. Jimat sangat. Bau pun lembut dan segar.


Testimoni 4: Set mandian yang sangat lembut dan menyegarkan.


Testimoni 5: Seronok mandikan anak-anak dengan set Shakleebaby. Lembut dan menyegarkan. Anak pun tidur lena


Jadi ibu-ibu yang mencari set mandian bayi yang organik dan natural, yang selamat untuk bayi korang. Cubala Set mandian Shakleebaby ni sekarang.

Klik di sini untuk pembelian segera





Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp : www.wasap.my/0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

8 PETUA PUTIHKAN GIGI SECARA SEMULAJADI

Assalammualaikum...

Kuningnya gigi die tu, muka je cun tapi gigi tak cun

"Ko ni berus gigi ke tak, kuning je" 


Malu kan kalau ada orang tegur gigi kita kuning? Seolah-olah macam kita ni tak berus gigi. Tahu tak selain penampilan muka, pakaian dan sebagainya. Kecantikan gigi juga dititikberatkan kerana setiap hari kita akan bercakap dengan orang ramai terutamanya mereka yang berkerjaya.

Walaupun ada terjual ubat gigi untuk putihkan gigi di pasaran tapi tak semuanya mungkin tak berkesan pada kita. Mungkin juga kita boleh cuba putihkan gigi secara semulajadi.

8 PETUA PUTIHKAN GIGI SECARA SEMULAJADI 

1. Kayu sugi/miswak


Petua ni digunakan dari zaman dahulu lagi dengan memberus gigi menggunakan kayu sugi. Sekarang pun masih ada tapi jarang jumpa. Ia sangat berkesan untuk putihkan gigi dan dalam masa yang sama membantu untuk kuatkan gigi dan menghilangkan kotoran yang ada pada gigi.

2. Kayu arang


Siapa pernah tengok citer Upin dan Ipin dalam episod Penjagaan Gigi tu. Ada pasal datuknya gosok gigi dengan arang untuk putihkan gigi. Ia juga berkesan untuk putihkan gigi tapi tak boleh berlebihan sebab boleh merosakkan enamel gigi. Sekarang juga da terjual serbuk arang untuk putihkan gigi dalam media sosial. 


3. Kulit oren


Vitamin C pada kulit oren membantu atasi masalah gigi kuning dan membantu menghilangkan kuman. Ida suka ambil kulit oren selepas makan tu untuk gosok gigi. Kalau korang rajin setiap kali makan oren tu, ambil kulitnya gosok gigi sebelum tidur.

4. Baking soda


Banyak sebenarnya kegunaan baking soda ni selain untuk membuat kek. Ia bukan sahaja membantu memutihkan gigi juga membantu untuk singkirkan plak pada gigi kita


5. Lemon dan garam


Campuran kedua bahan ni boleh dijadikan pes ubat gigi semulajadi kerana sangat membantu untuk hilangkan masalah kuning pada gigi sekaligus akan memutihkan gigi. Caranya mudah je, ambil perahan jus lemon dan campurkan dengan garam dan gosok seperti biasa. Memang agak masam dan masin tapi berkesan.


6. Buah strawberi


Buah strawberi juga kaya dengan vitamin C yang membantu memutihkan gigi dan hilangkan masalah gigi kuning. Selain dimakan ia juga boleh dijadikan pes untuk menggosok gigi.

7. Pokok pinang

Orang dulu-dulu suka makan daun sirih dan buah pinang kan. Tetapi ni pokoknya yang bagus untuk memutihkan dan menguatkan gigi. Bakar benih dari pokok pinang sehingga hangus dan tumbuk kemudian gosoklah gigi korang.

8. Minum susu


Sumber kalsium dari susu bukan saja dapat kuatkan gigi malah juga untuk membantu putihkan gigi. Kalau ada yang tak suka minum susu boleh la ambil produk tenusu yang lain seperti yogurt dan keju.

Semoga ini membantu korang untuk putihkan gigi. Good Luck!

Giveaway Novel #MengintaiAkuDiNeraka

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


(klik banner kalau nak join)

Giveaway ini dianjurkan oleh www.mohdnoorshawals.com dengan kerjasama @jambukubest ...

Jangan lepaskan peluang ini!! Rebut peluang memenangi Novel dari Penulis Novel Islamik Thriller No 1 Malaysia!!! Ustaz Hadi Fayyadh...


KATA-KATA MADAH #1

Assalammualaikum...


Bila Allah tidak beri,

bulan bermakna Allah benci.

Tapi mungkin ada sesuatu hal

yang Allah mahu kita mengerti.

Kata-kata ni ada betulnya. Kita ni sentiasa diberikan pelbagai ujian dan halangan. Walaupun apa yang kita nak, kita impikan, kita hajatkan kadang kala susah nak dapat. Ada orang dah mintak sekali, doa sekali terus dapat. Tapi kita ni dah bertahun-tahun berdoa tetap tak dapat.

Di sinilah Allah nak uji iman kita..kesabaran kita. Nak tengok sejauh mana kita akan terus berdoa pada-Nya.

Percayalah Allah dan sediakan perancangan yang terbaik untuk kita. Dan mungkin lebih baik dari apa yang kita hajatkan. Bersabar dan serahkan la semua pada-Nya. Insyaallah kebahagian, kegembiraan semua akan berada dengan kita.

5 CARA TAMBAH FOLLOWER INSTAGRAM

Assalammualaikum...

Zaman sekarang pelbagai medium boleh digunakan untuk kembangkan perniagaan. Senang kata ada cara atau jalannya tapi atas kemahuan kita nak atau tidak. Nak usaha atau terus gagal.





Selain daripada medium Facebook dan Wechat, medium sosial lain yang boleh digunakan untuk promosikan perniagaan atau produk korang iaitu dengan menggunakan medium Instagram.

Instagram ni wujud pada 6 Oktober 2010 selepas wujudnya Twitter. Medium ni kebanyakkannya digunakan untuk kongsikan tentang perniagaan, gambar peribadi, video dan sebagainya.


Bagi mereka yang berniaga, bilangan follower sangat penting untuk naikkan jualan korang. Bukan follower robot tau tapi the real customer.

Di sini Ida nak kongsikan sedikit ilmu 5 CARA TAMBAH FOLLOWER DI INSTAGRAM

5 CARA TAMBAH FOLLOWER DI INSTAGRAM

1. Explore


Maksudnya korang kena follow orang dan follow liker orang tu.

Contohnya kalau korang jual baju budak, follow mereka yang berkeluarga dan ada anak-anak.

Kalau korang jual alat mekap, follow mereka yang suka bermekap.

Setiap 1 jam korang boleh follow dalam 100-200 orang.

2. Tags



Kalau korang pergi ke ikon explore klik pada bahagian tags

Kat situ korang taip la berkenaan apa yang korang jual.

Contohnya kalau jual tudung. Taip la tudung, nanti akan keluar senarai yang berkenaan dengan tudung. So korang boleh follow dan like orang-orang tu.

3. Artis



Rajinkan diri untuk like dan komen gambar artis-artis yang baru diorang post. Post tu mestilah kurang dari 30 minit sebab masa tu ramai orang yang akan komen dan like. Kalau dah lama..orang kata dah lapuk. Kurang potensi untuk dapatkan follower.

4. Review


Ini kebanyakkan ramai yang buat sekarang. Sama ada secara swap review atau paid review.

Swap review ni korang promosikan produk orang tu dalam IG korang dan orang tu jugak akan lakukan benda yang sama. Ini dilakukan secara percuma.

Paid review ni berbayar. Orang tu akan akan post produk korang dalam IG dalam masa tertentu. Kebanyakkan yang buat macam ni IG yang memang ada banyak follower.

5. Place


Korang pergi ke ikon explore dan klik bahagian place. Ini sesuai untuk mereka yang memang melakukan COD (cash on delivery)

Taip la kawasan korang. Contohnya Puchong, nanti akan keluar semua list yang berkaitan. Jadi di situ korang boleh mula follow dan like orang tu.

Follower yang paling baik untuk tingkatkan penjualan korang ialah 5ribu ke atas. So korang usahalah sampai boleh dapatkan sampai banyak tu.

Jangan pernah putus asa dan jemu okay!

Ida harap perkongsian Ida ni dapat membantu korang untuk terus berjaya. Good luck!

"PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan"

[Siapa Nak Join Contest Ini Sila Tekan Banner Diatas]

PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan | PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan perkhidmatan insurans untuk sesiapa sahaja yang berkemampuan. Mereka memberikan nama syarikat mereka sebagai PolicyStreet kerana mereka mahu menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup anda ketika anda melalui waktu – waktu yang kritikal seperti mendapatkan telefon pintar pertama anda, percutian ke luar negara, gadaian yang pertama, perkahwinan anda dan juga menjadi ibu bapa.

No automatic alt text available.

Teknologi telah membantu mereka untuk menjalani komitmen ini tetapi apa yang lebih penting adalah semangat mereka untuk membantu masayarakat telah membuatkan mereka untuk menubuhkan syarikat PolicyStreet ini. Insurans ini ditubuhkan oleh sekumpulan orang dan mereka mahu meneruskan legasi ini. Mereka juga komited dalam menawarkan insurans untuk orang yang tersayang, untuk benda yang anda hargai serta masyarakat dengan cara yang mudah dan berkemampuan.

Image may contain: text

Pakej – Pakej Yang Ditawarkan di PolicyStreet Yang Anda Perlu Miliki
  1. Manulife ManuProtect Term Life Insurance 


Ia merupakan pakej insurans yang digelar sebagai insurans yang paling berpatutan di dalam insurance kehidupan di Malaysia. ManuProtect memberikan bayaran penuh pada waktu kematian atau kecacatan yang disebabkan oleh sebab semulajadi ataupun kemalangan, dengan beberapa pilihan untuk liputan untuk sakit yang kritikal. 

Antara ciri – ciri dan tawaran yang diberikan oleh Manulife ManuProtect adalah;

  • Insurans Premium yang bermula dari RM5/ Sebulan
  • Amaun keseluruhan yang bermula dari RM 50K – RM 600K
  • Amaun kematian dari kemalangan yang berjumlah 2X ganda dari amaun keseluruhan
  • Penyakit kritikal akan menerima 30% dari amaun keseluruhan
  • Umur kemasukan yang terakhir adalah 60 tahun manakala umur yang ditamatkan adalah 80 tahun
  • Tiada kontrak untuk jangka masa yang panjang dan anda boleh membatalkan pada bila – bila masa

Kelebihan yang disediakan oleh ManuLife ManuProtect adalah;
  • Kematian disebabkan oleh faktor semulajadi 
          - Amaun keseluruhan berjumlah RM50K – RM600K
          - Dibayar kepada penama
  • Kecatatan yang disebabkan oleh faktor semulajadi atau kemalangan
          - Amaun keseluruhan berjumlah RM50K – RM600K
          - Dibayar kepada orang yang membayar insurans
  • Kematian disebabkan oleh kemalangan 
          - 2X ganda daripada amaun keseluruhan
          - Dibayar kepada orang yang membayar insurans ataupun penama
  • Penyakit kritikal 
          - 30% daripada amaun keseluruhan (RM15K – 180K)
          - Dibayar kepada orang yang membayar insurans

Dapatkan ManuLife ManuProtect SEKARANG di https://products.policystreet.com/manulife/manuprotect/overview 


2. AXA 200 Cancer Care 

Image result for axa 200 cancer care

Dengan jumlah pesakit kanser yang ramai pada hari ini, insurans ini ditawarkan untuk melindungi orang ramai daripada penyakit kanser, dengan memberikan bayaran penuh apabila anda dikesan dengan kanser, dan juga bayaran tahunan untuk anda merawat kanser.

Antara ciri – ciri AXA 200 Cancer Care adalah;
  • Ia berada di bawah AXA Affin Life di mana bayaran adalah dijamin kepada pembayar insurans
  • Bayaran premium yang bermula dari RM45/bulan bergantung kepada umur
  • Bayaran Rawatan Terapi yang bermula dari RM30K
  • Bayaran Untuk Kesihatan yang bermula dari RM6K setahun
  • Pendapat Perubatan Kedua yang diberikan secara percuma 
  • Umur terakhir untuk menyertai insurans ini adalah 50 tahun dan perlindungan diberikan selama 20 tahun
  • Pemeriksaan kesihatan yang berjumlah RM 599 di Beacon Hospital
  • Anda tidak memerlukan pemeriksaan kesihatan untuk menyertai AXA 200 Cancer Care

Tujuan insurans ini diwujudkan adalah untuk menyediakan satu jumlah wang untuk rawatan kanser  sekiranya anda didiagnosis dengan penyakit tersebut. Anda akan diberikan bayaran keseluruhan dan juga bayaran ‘bonus’ sehingga lima tahun untuk setiap tahun anda hidup. Insurans ini akan bertahan sehinga 20 tahun dan apabila tahun tersebut berakhir, anda boleh mendapatkan insurans yang baru sekiranya anda berumur di bawah 50 tahun.

Image may contain: text

Kelebihan – kelebihan yang ditawarkan oleh AXA 200 Cancer Care termasuklah;
  • Manfaat untuk Rawatan Terapi
        - Sekiranya orang yang membayar insurans tersebut didiagnos dengan kanser, mereka akan                   menerima bayaran insurans minimum RM30K.
  • Manfaat Untuk Sembuh
        - Orang yang membayar insurans juga akan menerima bayarann insurans secara tahunan yang                 berjumlah minimum RM6K setahun selama 5 tahun.
  • Pendapat Perubatan Kedua
        - Apbila anda mendapat pendapat untuk terapi atau pembedahan yang pertama daripada seorang             doktor, insurans ini menyediakan pendapat kedua dari doktor panel secara percuma.
  • Manfaat untuk Penama
       - Sekiranya orang yang membayar insurans meninggal sebelum didiagnos dengan kanser, penam            akan menerima bayaran insurans minimum RM1K.
  • Servis Penjaga
      - Orang yang membayar insurans boleh menghubungi AXA untuk mendapatkan penjagaan dari              jururawat, perubatan, ataupun pembuatan rambut palsu.
  • Baucer Pemeriksaan Kesihatan
      - Anda akan menerima baucer pemeriksaan kesihatan bernilai RM599 dengan setiap pembelian              pakej AXA 200 Cancer Care.


Dapatkan AXA 200 Cancer Care SEKARANG di https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview

3. MSIG Take It Easy Pet Insurance

Image result for pet insurance

Insurans ini dijamin oleh MSIG, di mana ia adalah satu – satunya insurans untuk haiwan peliharaan anda yang berada di pasaran. Bermula dari hanya RM18/bulan, insurans haiwan peliharaan ini memberikan perlindungan untuk veterinar, bil ER, ubat – ubatan & suntikan dan juga kos untuk pengebumian sekiranya haiwan peliharaan anda sakit, cedera ataupun meninggal. 

Ciri – ciri MSIG Take It Easy Pet Insurance adalah;

Related image
  • Dijamin oleh MSIG
  • Bayaran Premium bermula RM18/sebulan
  • Manfaat Perubatan Haiwan Peliharaan sehingga RM5K
  • Manfaat kematian disebabkan oleh sakit dan juga kemalangan sehingga RM5K
  • Manfaat pengebumian dan pembakaran sehingga RM1K
  • Pengiklanan dan juga kos penembuhan untuk haiwan peliharaan yang hilang sehingga RM1K
  • Boleh didapati untuk anjung dan kucing yang mempunyai mikrocip yang berumur 12 minggu sehingga 9 tahun
  • Insurans ini tidak disediakan untuk haiwan yang larangan ataupun spesis yang diharamkan oleh keraajaan, orang awam, ataupun pihak berkuasa.


Kelebihan – kelebihan yang boleh didapati sekiranya anda mengambil MSIG Take It Easy Pet Insurance termasuklah;
  • Manfaat Veterinar dan juga Pembedahan
Sekiranya haiwan peliharaan anda cedera ataupun sakit, insurans ini akan memberikan perlindungan kepada bil veterinar sehingga RM5K. Sekiranya terdapat pembedahan, ia akan melindungi kos selepas pembedahan sehingga 60 hari.
  • Manfaat Kematian 
Tuan kepada haiwan peliharaan yang mati akan menerima sehingga RM5K untuk mendapatkan haiwan peliharaan yang baru.
  • Manfaat Untuk Pengebumian 
Anda akan menerima sehingga RM1K untuk kos pengebumian ataupun pembakaran.
  • Pengiklanan Untuk Haiwan Peliharaan Yang Hilang 
Anda akan menerima bayaran sehingga RM1K untuk mengiklankan haiwan peliharaan anda yang hilang dan juga untuk membayar ganjaran kepada orang yang menemui haiwan anda.
  • Asrama Untuk Haiwan Peliharaan Anda
Apabila tuan haiwan peliharaan tersebut dimasukkan ke hospital lebih dari tiga hari, haiwan peliharaan anda akan dimasukkan ke asrama dan dibayar sehingga RM 2.5K.
  • Liabiliti Pihak Ketiga
Apabila haian peliharaan anda melakukan kecederaan kepada orang lain ataupun merosakkan harta benda mereka, insurans ini akan memberikan perlindungan sehingga RM100K.

Dapatkan MSIG Pet Insurance SEKARANG di : https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview

Kelebihan Mendaftar Insurans Dengan PolicyStreet 

Image may contain: text

Mudah Digunakan

Policy Street tidak memerlukan anda untuk pening kepala kerana ia menawarkan pakej – pakej yang sesuai untuk anda. Setiap pakej telah diberitahu akan fungsi dan kelebihan masing – masing, jadi anda hanya perlu memilih pakej yang anda perlu gunakan dan mula mengambil insurans tersebut untuk kehidupan, harta dan juga kesihatan anda. 

Pelbagai Pakej Yang Ditawarkan

Image may contain: text

Anda boleh memilih pakej – pakej yang diberikan berdasarkan keperluan dan juga kepentingan anda. Contohnya, jika anda mempunyai penyakit kanser, anda boleh memilih AXA 200 Cancer Care kerana Policy Street akan memberikan perlindungan insuran untuk anda yang mendapat penyakit ini dan juga duit tahunan untuk anda gunakan bagi mengubati penyakit ini. Anda juga boleh memilih pakej untuk melindungi kehidupan, harta dan juga perniagaan anda.

Harga Yang Berpatutan

No automatic alt text available.

Setiap pakej Policy Street akan memberikan anda komitmen bulanan yang amat rendah dan mampu milik di mana anda tidak akan terkesan dengan potongan insurans pada setiap bulan. Anda boleh membayar serendah RM5 / sebulan untuk insurans perlindungan kehidupan anda dan anda akan dilindungi oleh insurans Policy Street.

Dapatkan Insurans Daripada PolicyStreet Sekarang!

PolicyStreet sedang mengadakan promosi sempena Tahun Baru Cina jadi anda perlu mendapatkannya sekarang. Anda boleh menerima Ang Paw bayaran balik sehingga RM 50 dengan menggunakan kod rujukan yang anda akan terima apabila anda melakukan pembelian melalui Policy Street. Caranya adalah dengan menekan link seperti berikut;

Promosi Tahun Baru Cina PolicyStreet: http://campaign.policystreet.com/web/cny/index.html