Pages

Monday, January 1, 2018

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2018 BERMULA

Assalammualaikum...

Sekejap je masa berlalu dah habis pun tahun 2017. Dan selamat datang kepada tahun 2018. Bila ditanya apa azam korang pada tahun 2018, masing-masing jawab nak laksanakan azam 2017. Macam-macam.hehehe



Setiap azam ni mesti ada usaha. Kalau takde usaha tak guna juga kan. Hari ini juga bermulalah persekolahan anak-anak termasuk la anak Ida. Dah darjah 1, masuk sekolah rendah pun. Terasa dah tua rupanya aku ni.huhuhuhu.

Hari pertama persekolahan anak hari ini hujan lebat giler dari semalam sampai petang tadi. Dah masuk awal tahu baru mula musim hujan ni. Mintak-mintak jangan la banjir tahun ni.

Tadi hujan lebat pun ada perhimpunan juga kat dewan sekolah. Dengan tempias hujan dan angin lagi. Kelam kabut sikit la tadi. Tapi alhamdulillah Asyraf tak nangis pun tadi masa cakap dah nak balik. Mungkin die dah biasa masa sekolah Yayasan dulu. Jadi dah takde masalah lagi untuk kami hantar die sekolah nanti.


Mana anak-anak yang belum biasa ni, takut dengan perubahan baru ada juga la yang menangis. Ada juga mak ayah yang tunggu sampai anak habis sekolah. Aduh..sampai bila anak nak berdikari kalau macam tu. Patut biar jelah cikgu-cikgu yang uruskan nanti.


Apa-apa pun syukur sebab masih dipanjangkan umur nak lihat anak-anak membesar depan mata.

Pada kawan-kawan yang lain , Ida ucapkan Happy New Year. Semoga azam korang tahun ni dan tahun-tahun lepas tercapai. AMin

8:25:00 PM / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment