Pages

Wednesday, November 22, 2017

6 TIPS FOLLOW UP CUSTOMER SUPAYA SENTIASA DIPERCAYAI

Assalammualaikum...

Ramai peniaga atau penjual yang tak tahu tentang follow up customer ni. Dan ramai yang tahu tapi tak praktikkan. Tahu tak follow up ni sangat penting untuk membina kepercayaan pelanggan kita supaya mereka sentiasa menjadi pelanggan tetap kita sampai bila-bila.



Siapa pelanggan kita?

Mestilah pembeli yang membeli barang atau produk dari kita. Mereka la yang mendatangkan sales atau jualan kepada kita. Orang yang membantu kita untuk mendapatkan sales.

Kelebihan follow up customer ini ialah untuk dapatkan mereka supaya menjadi "pelanggan tetap" kita. Senang kata supaya mereka sentiasa beli dari kita, percaya kepada kita dan takkan cari orang lain.


Korang boleh follow up customer melalui whatsapp,wechat email, telefon dan sebagainya. 

Bagaimana nak follow up customer?

6 TIPS FOLLOW UP CUSTOMER

1. Bertanyakan khabar


Tak perlu sampai nak tanya hari-hari. Mungkin korang boleh tanya 2 minggu sekali atau sebulan sekali. Anggap customer tu macam "kawan" kita. Tanyakan khabar, sedang buat apa dan sebagainya. Gunakan emosi korang supaya customer pun dapat rasa yang korang ikhlas tanyakan khabar mereka. Dan jangan lupa pastikan masa tu sesuai. Jangan la tengah malam nak follow up tanyakan khabar die. Memang takde respon la nanti.

2. Tanyakan perkembangan


Perkembangan apa? Perkembangan selepas mereka gunakan produk korang. Tanya sama ada sesuai atau tidak, ada masalah ke atau sebagainya. Ini sebenarnya untuk pastikan mereka makan atau guna produk yang mereka beli dan di sini la lahirnya testimoni yang korang boleh kongsikan pula dengan orang lain. Jangan lupa mintak kebenaran customer juga tau.

3. Kongsikan tips/nasihat


Korang juga boleh kongsikan tips berkenaan dengan produk atau sedikit nasihat bagaimana untuk gunakan supaya lebih berkesan. Boleh juga ingatkan supaya mereka sentiasa makan ikut jadual dan sebagainya. Ini boleh membantu supaya mereka berpuasa hati menggunakan produk kita.

4. Update promosi atau info baru


Setiap bulan atau pada musim perayaan mungkin pihak syarikat akan buat promosi untuk dapatkan produk dengan harga yang lebih murah kan. Jadi jangan lupa untuk kongsikan promosi atau info baru kepada customer korang supaya mereka dapat membeli produk kegemaran diorang dengan harga yang lebih berbaloi. 

Nak lebih baik, korang boleh kongsikan promosi ni sekali lai masa hari gaji. Mungkin masa awal bulan mereka takde duit dan lupa. Jadi hari gaji baru diorang akan beli lagi dengan korang.

5. Ucapan perayaan doa atau hari lahir


Jangan lupa untuk ucapakan selamat pada mereka. Dan masa ni mestilah pentingnya ada simpan database customer. (ini Ida akan kongsikan lain hari). Tips ni menunjukan kita ingat pada mereka dan mereka pun rasa lebih dihargai.

6. Bantu mereka sehingga berjaya



Maksudnya korang kena tolong mereka supaya dapat result yang mereka nak dengan menggunakan produk korang. Contoh kalau diorang beli produk untuk kurus, pastikan diorang akan kurus. Ramai sebenarnya penjual yang tak ambil peduli cara ni. Mereka biarkan customer terpingga-pingga. Akhirnya customer akan lari pada produk lain atau penjual lain. 

Sebenarnya ramai yang mesej Ida "Akak nak makan supplement ni macam mana, seller yang jual pada saya tak bagitahu cara makan". Nampak tak, customer orang lain yang tanyakan pada kita. Dan akhirnya mereka percayakan khidmat pelanggan kita dan akan terus beli dari kita.

Jadi ini 6 tips yang Ida boleh kongsikan untuk follow up customer yang Ida pratikkan. Bagi penjual atau peniaga di luar sana cuba la praktikkan tips ini supaya pelanggan sentiasa mempercayai dan akan membeli dengan korang.

SEMOGA APA YANG DIKONGSIKAN MEMBERI MANFAAT!
5:57:00 PM / by / 2 Comments

2 comments:

  1. Saya sekarang under PR team untuk follow up company yang akan join Career Fair di uni saya. Memang kita kena pandai bercakap untuk follow up nih sebab kadang2 ada customer yang ubah fikiran dan hilang minat. Nice tips! Thanks

    ReplyDelete
  2. Good tips kak Nurul. Info ini mmg sangat bagus utk menjadi peniaga atau penjual yang komited dan terbaik. :D

    ReplyDelete