HOMEMADE MASKER KUNYIT MADU UNTUK MASALAH KULIT JERAWAT DAN BERPARUT

Assalammualaikum...

Dah lama rasanya tak kongsikan dengan korang buat homemade DIY atau tips kecantikan ni. Biasa la kadang kala ni terlupa nak snap gambar. Kadang tu dah snap gambar terlupa plak nak share update kat korang.




Dalam 2 minggu yang lepas masa raya haji baru-baru ni, Ida sekeluarga dan keluar adika-adik ipar dan mertua berkelah di pantai. Biasa la kami mesti la buat BBQ, pak mertua plak masak nasi beriani. Hah ko bawa segala periuk besar nak tanak nasi..buat unggun api semua. hehehe. Anak-anak pu;a seronok boleh mandi tepi-tepi pantai, takleh jauh sangat sebab air tengah pasang masa tu.

Kebetulan banyak daging kan dapat, memang nasi beriani daging la kami makan. Balik dari pantai tu muka Ida naik gatal-gatal. Ah sudah nape la plak. Lepa tu mula naik jerawat-jerawat kecil penuh atas dahi dan bawah dagu. Peh mula la fikir nape la..Salah pakai produk ke..apa ke.

Terus cakap kat suami nak pergi buat facial muka. Jumpa akak yang buat facial tu katanya sebab resdung sebab takde jerawat teruk, cuma jerawat resdung naik kecil-kecil. So akak tu buat la rawatan resdung dan facial muka. Total RM45 murah la kan. Buat kat rumah die. 

Lepas tu..hah memang kena pantang makan la. Ida terus cepat-cepat amik megadose vitamin C dan buat masker. Alhamdulillah ni dah 2 minggu lebih Ida makan dan buat masker, memang jerawat semua dah licin skit. Ada yang kecil-kecil tu, picit skit je terus keluar. Parut-parut pun dah nampak kurang skit.

Jadi nak share dengan korang masker yang Ida buat ni. Kebetulan masa ni kulit Ida berminyal sedangkan sebelum ni kulit Ida kering. Disebabkan Ida nak juga hilangkan parut yang dah lama bertempek kat muka ni. So Ida google dan buat masker sendiri. Nak jimatkan duit skit dari beli kebanyakkan masker kat pasaran sekarang.hehehe

HOMEMADE MASKER UNTUK KULIT BERMINYAK DAN BERPARUT



Bahan-bahan: 
  • kulit kayu manis yang dikisar halus 
  • madu 
  • susu ( Ida guna susu Nestle full cream korang boleh je guna apa2 susu putih ye ) 
  • serbuk kunyit

Korang mix je semua ikut sukatan korang, Ida buat skit-skit je. So mix masker ni tahan la dalam 3-4 hari gitu. Taknak lebih-lebih sebab ada susu kan dalam tu takut jadi basi.


ni kulit kayu manis yang diblender tapi ni tak berapa halus lagi yang sebelah die tu. 


Dah siap mix tu sapula kat muka korang dan biarkan selama 30 minit atau sehingga kering. Jangan risau muka korang takkan jadi kuning pun..hehehehe. Suami Ida siap cakap dah letak kunyit kang kuning muka..hahahaha

Kalau korang google kebaikan kunyit ni memang kaya dengan vitamin c,vitamin b6, zat besi dan magnesium. Bagus untuk kulit dan bersifat antibakteria dan inflamasi. So memang kalau ada masalah jerawat memang sangat sesuai. Kulit berparut pun boleh sebab tu Ida ada tambah kulit kayu manis untuk extra. Kalau pakai sapu kulit kayu manis sahaja memang panas skit, so bila buat mix macam ni tak rasa panas pun.

Ni la masker yang Ida buat untuk treatment balik masalah jerawat resdung dan kulit muka berminyak yang Ida alami. Masa muka tiba-tiba naik jerawat tu rasa nak nangis sangat-sangat sebab tak pernah alami pun. Setakat naik jerawat 1-2biji tu biasala bila time period. Ida sebelum ni takde pun masalah resdung..makan apa pun takde hal.

Lepas tu baru teringat masa Ida jumpa doktor dulu sebab tonsil. Doktor cakap mungkin dulu resdung ada cuma tak teruk, bila semakin berusia dah nampak kesan resdung tu. Patut la muka Ida senang nak tinggalkan parut bila ada jerawat.huhu. Nak makan benda-benda alergik ni skit-skit je. Tak berani dah makan banyak. Yang penting dah taknak tinggal makan vitamin c...huhuuh



Nasib la vitamin C shaklee ni ada 180 biji tahan la 6 bulan. huhu. Tapi disebabkan sepanjang nak treatment muka ni Ida amik megadose, tak sampai 6bulan la tahan nanti. Terpaksa jugak amik megadose

So siapa yang ada masalah kulit breakout atau tiba-tiba naik jerawat kecil-kecil ke..berparut ke. Boleh la try homemade masker yang Ida buat ni. Bagi Ida memang berkesan. Kulit Ida pun dah terasa lebih licin dari sebelum ni. Pori-pori muka pun dah semakin mengecil kalau berbanding dulu.

Maaf la takleh nak share gambar dekat korang...en suami tak bagi..huhuh..apa-apa pun selamat mencuba k..


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Post a Comment

0 Comments