6 TIPS DAPATKAN BIBIR YANG CANTIK DAN SIHAT

Assalammualaikum..

Selain dari muka atau mata, bibir pun sebenarnya menjadi perhatian untuk menarik minat sesiapa yang melihat. Orang kata macam mencuri tumpuan kita la. Walaupun sebenarnya boleh gunakan gincu yang warna 'garang' tapi mesti kadang kala nak kelihatan natural sahaja kan.



Malah walaupun tanpa makeup atau gincu seseorang itu juga boleh dikatakan ada daya tarikan seksi atau sangat menarik.

Image result for tips cantikkan bibir

Ini ada 6 tips untuk dapatkan bibir yang cantik dan sihat

1. Banyakkan minum air supaya badan kita mendapat air mencukupi. Kalau kurang air badan akan rasa lebih, bibir pun akan mula menjadi kering kan.

2. Elakkan terlalu memakai produk gincu yang kualitinya rendah atau tak tahu kandungannya. Ini kerana takut ada bahan yang berbahaya dalam produk tu yang boleh merosakkan bibir kita atau menjadi hitam.

3. Pakai pelembap bibir jika terlalu kering. Pelembap mesti menjadi kemestian dalam mana-mana produk bibir atau muka untuk memastikan ia sentiasa lembap dan tidak kering.

4. Jangan jilat bibir. Ini macam tabiat sebenarnya, bila bibir rasa kering kita akan mula hendak menjilat bibir. Sebenarnya ini lagi akan menyebabkan bibir kering. Aish ida ni memang suka jilat bibir, dah terbiasa. Kena buang tabiat ni.huhuhu

5. Banyakkan makan sayur dan buah-buahan. Khasiat dalam setiap sayur dan buah-buahan ni bukan sahaja boleh membantu tingkatkan kesihatan. kulit muka malah juga bagus untuk bibir yang sihat. Salah satunya ialah vitamin E yang terdapat dalam buah anggur.

6. Rutin sebelum tidur pastikan segala jenis mekap di muka termasuk la bibir korang dalam keadaan bersih dan natural. 


Ini beberapa tips untuk dapatkan bibir yang cantik dan sihat.
Semoga memberi manfaat!
Selamat mencuba!

2 comments:

Followers

social network

APDM SAPS