5 KRITERIA PEMILIHAN PRODUK KECANTIKAN

Assalammualaikum...

Berlambak produk kecantikan di pasaran sekarang ni sampai kita ni jadi rambang mata..

Kalau google kemain banyak testimoni yang akan keluar


Jenama dari Malaysia..indonesia, thailand la semua nya ada tapi tak semua bersesuaian dengan kita. Sebab itu la kita ni kena bijak memilih produk


Di sini Ida nak kongsikan 5 kriteria pemilihan prod
uk kecantikan dengan betul.

1. Produk halal. Ini memang la kena tengok la. Kita ni orang Islam..melayu kena la elakkan dari produk yang ada lelamak "pig" dan lain-lain.

2. Produk ada kelulusan KKM..Ini juga kena check supaya produk yang digunakan bebas dari bahan merkuri. So berhati-hati la dengan produk yang berkesan dalam masa 3 hari ke..5 hari ke. Kekadang tu ada je produk yang masih dikeluarkan dalam pasaran walaupun ada bahan merkuri ( ni korang faham sendiri la ye)

3. Disebabkan kulit Ida jenis agak sensitif so memang Ida agak berhati=hati dalam membeli produk apa-apa pun. Jadi Ida lebih sukakan jenis semulajadi..organik la.

4. Jenis selesa dan mudah. Bab produk kecantikan contohnya krim muka ni memang Ida agak memilih. Tak suka jenis krim pekat likat macam tu sebabnya dulu Ida pernah guna dan kulit jadi bertompok-tompok,comot dan tak sekata. Kalau tengok bawah cahaya matahari akan nampak la..tambah kulit Ida pun bukan putih sangat la..so akan nampak. Sebab itu la ida suka krim yang jenis cair. Lembut dan mudah diserap pada kulit.

5. Periksa bahan-bahan yang digunakan. Tak kisah la produk kecantikan atau supplement. Rajin-rajinkan la reseacrh bahan-bahan yang digunakan dalam setiap produk. Jangan la sebab artis pakai korang pun terus rembat beli tanpa fikir panjang. Mentang-mentang la kulit artis ni semuanya cantik kan..

Ini sahaja yang Ida nak kongsikan. Mungkin ada yang nak tambah boleh la taip di komen. Mana tahu ada Ida terlepas pandang...

Post a Comment

0 Comments