LAWATI DUNIA SAINS DI PETROSAINS KLCC

1:18:00 PM

Assalammualaikum...


Sambungan entry yang lepas masa Ida bawa anak-anak ke Aquaria KLCC < boleh baca di sini >. Kami berehat sekejap makan KFC sebab senang skit nak makan. Waktu tu time lunch kan so memang ramai la orang.

Selepas makan bawa anak-anak ke Petrosains. Mulanya nak bawa anak-anak tengok dinasour sahaja..rupanya kena masuk sekali tengok segala dunia sains ni.heheh. Mana la nak tahu kan..Nak cari senang je, masuk Suria KLCC tu terus pergi ke tingkat 4 atas sekali. Nampak la nanti.

Image result for petrosains ticket price


Tiket dewasa RM18 sahaja. Kanak-kanak RM8 sahaja. Tapi anak-anak Ida masuk free je, mak ayah je kena bayar.hehehe. Disebabkan terlalu ramai budak-budak dalam tu tak banyak gambar yang boleh ditangkap sangat sebab risau hilang plak nanti. Anak-anak ku pun boleh tahan aktifnya kan..hehehe.



Mula pintu masuk tu semuanya tentang sains la senang kata. Segala jenis molekul..keseimbangan. Graviti..heheh. Ada pula tempat pelantar minyak ni. Suami Ida kan naik offshore laut, die tunjuk la keadaan dalam tu macam kat kabin die tu. Kemain lagi tunjuk kat Ida.hehehe.


Jauh perjalanan kami lepas tu baru la ad kat kawasan dinotrek tapi tak banyak pun rupanya. Sekadar dinasour Trex tu je yang bergerak. Kemain lari anak-anak Ida taknak dekat sebab takut dinasour tu gerakkan tangan die.hehe. Tadi kemain lagi kata nak tengok dinasour.




Lepas tu ada la aktiviti lain macam main lego, tengok fossil dinasour..hehehe. Boleh la melayan anak-anak ku ni kan



Actually ada lagi tempat macam 3D theater tapi Ida tak masuk sebab ramai sangat yang menunggu sama nak masuk. Last tempat tu ada la masuk macam studio 3D dengan dinasour. Tak silap harga masuk RM40 nanti akan bagi gambar dan video kita sekali.

Memang ada banyak juga tempat terlepas sebab terlalu ramai orang. Jadi kalau korang nak pergi time bukan cuti sekolah ok la, boleh masuk kat teater tu. 

Ok ni la perkongsian yang boleh Ida bagitahu pasal Petrosains ni. Hope korang happy la..hahaha

You Might Also Like

4 comments

  1. Sally pernah masuk zaman lepas SPM je dulu...hahaha...sbb zaman tuuu ramai kawan kerja kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...akk xpernah masuk..bila masuk bila la mcm dpt bunga..hahaha

      Delete
  2. seronoknya.. plan nak g sini.. tak pernah jadi...

    ReplyDelete

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)