STOKIN COMEL SESUAI UNTUK KAUM MUSLIMAH

Assalammualaikum...

Kita ni bukan sekadar menjaga aurat pada pakaian atau kepala. Kaki juga perlu dijaga. Kali ni Ida nak share mengenai stokin kaki ni.

Mungkin biasanya kita akan lihat kaum perempuan akan pakai stokin plain kosong je kan. Apa kata tukar kelainan pakai stokin yang jenis bercorak. Kalau Ida memang tak suka beli stokin yang nipis dan licin. Sebabnya Ida pakai heels so klau licin memang susah la Ida nak pakai..rasa tak selesa sebab akan ke depan jari kaki.



Stokin Comel yang memang selesa dipakai bagi Ida. Kain pun tebal dah tak licin. So masa pakai heels memang senang sebab tak tergelincir terus ke depan.


Bukan sahaja ada jenis plain malah ada corak yang bercorak dan sangat sesuai nak bergaya. Ida beli 2 jenis,plain dan corak vintage. Ida memang peminat warna hitam sebab senang nak match dengan mana-mana.hehehe


Ibu berpantang yang nak pakai pun boleh, nampak lagi cool gitu.



Harga die pun ok je. Plain (kosong) hanya RM7 dan bercorak hanya RM10. Serius tak rugi pun beli sebab selesa. Nanti boleh la Ida beli corak lain plak.heheh

Nak dapatkan stokin comel ni?


Post a Comment

6 Comments