DAH MULA TABIAT KETAGIH TENGOK DRAMA KOREA

Assalammualaikum...

Actually memang dah lama Ida suka tengok citer korea. Tapi sejak kahwin, ada anak dah memang jarang-jarang tengok drama korea. Selalu tengok pun Runningman. Yelah kalau drama tak boleh la menempek depan tv je kan.


Bila dah ada astro kebanyakan citer Ida selalu rekod je. Ada masa, time suapkan anak makan baru la boleh tengok.

Image result for descendants of the sun


Related image

Sejak tengok citer Descendants of the sun. Dah mula ketagih nak tengok drama korea balik. Habis episod citer DOTS, tengok plak drama Uncontrollably fond. Sambung lagi drama Doctors, Scarlet Heart yang baru habis. Sekarang boleh je habis tengok drama Oh My Venus.

Image result for you my venus

Lakonan So Ji Sub dan Shin Min Ah memang romantik dan cute je dalam citer Oh My Venus ni. Sekarang Ida sambung plak rekod citer Legend Of the Blue Sea lakonan Lee Minho dan Jun Jihyun. 

Image result for legend of the blue sea

Tak tahu nak cakap, suami siap kata dah rekod kat tv tengok plak kt youtube.heheh. Ida memang takleh mengadap terus 1 jam tengok drama. So sambil-sambil tengok tu, update blog dan FB. Berhenti kejap urusakan rumah dan anak-anak.

Kalau yang masih bujang no hal la kan nak tengok sampai habis episod drama dalam masa 1 hari.

Selain citer Korea, Ida juga peminat citer hantu tak kisah la filem orang putih ke, melayu,indonesia, jepun,korea atau thailand. Tapi banyak yang paling ida rasa agak seram citer orang putih,thailand dan indonesia.

Ada citer hantu atau drama korea yang menarik pernah korang tengok, share la dengan Ida.heheh

2 comments:

Followers

social network

APDM SAPS