SRI MANJA BOUTIQUE HOTEL DI KUANTAN PAHANG

Assalammualaikum..

Minggu lepas Ida balik ke rumah Ibu di Johor Bahru. Anak-anak cuti sekolah kan sekarang ni jadi bawa la balik kampung kejap. Masa perjalanan balik tu anak-anak bising nak ke Zoo la plak. Si Aqil asyik cakap badak air.. Si abang asyik sebut nak tengok animal kat zoo. So suami pun amik keputusan nak singgah ke Safari Gambang.

Tapi kitorang tak check in pun dalam Hotel Gambang, rasa membazir plak semalaman je. Masa tu pun dah pukul9 lebih so kitorang cari la hotel berdekatan. Dengan kuasa google jumpa la hotel yang sehaluan nak ke Gambang.



Sri Manja Boutique Hotel. Hotel ni dekat dengan UIAM tak silap area Indera Mahkota. Kalau ikutkan boleh la masuk lagi bandar Kuantan lagi dapat hotel murah tapi en suami nak dekat-dekat je dengan Gambang. Taknak jauh sangat.

bahagian reception

dekat lobby

standard room. Katil queen 


Bagi Ida ok la bilik dia untuk tidur. Selesa juga walaupun untuk semalam hanya RM108 sahaja. Kalau bilik-bilik lain RM138 ke atas. Kalau setakat korang sorang dua korang je boleh amik yang standard room je.



Oh untuk standard room biasa la dapat breakfast untuk 2 orang dalam pakej die. Breakfast die bagi Ida kurang skit, memang tak banyak pilihan. Satu line menghadap dinding tu je makanan dia. Pastu ada stall satu kat hujung yang sediakan telur omelette. Makanan sedap cuma pilihan tak banyak.



Lorong memisahkan antara bilik. Dekat dengan lift. Cantik


Ok kami dah bersiap nak ke Gambang dan terus balik Kemaman. Jadi sesiapa yang mencari hotel murah dan bajet boleh ke sini. Kebanyakkan ibu bapa yang nak hantar anak ke UIAM yang tidur sini sebab suami sempat bersembang dengan pak cik tu. Dia nak hantar anaknya ke UIAM.

Ok selamat bercuti.

Post a Comment

2 Comments