SIAPA KATA SURIRUMAH SEPENUH MASA TAK BOLEH JANA PENDAPATAN LUMAYAN DI RUMAH?

Assalammualaikum...

Kalau cakap pasal kerja-kerja surirumah ni, memang sehari tak pernah habis. Dah siap kerja itu kerja ni pula yang ada. Kita dah kemaskan sebelah sana, sebelah sini pula yang bersepah. Kalau korang ibu-ibu yang takde pembantu rumah mesti tahu macam mana rasanya.




Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda

"Ceburilah kegiatan perniagaan kerana di dalamnya terdapat 9/10 sumber rezeki"

Jadi bagi wanita-wanita yang dah buntu macam mana nak bantu suami atau keluarga, berniaga la cara terbaik. Ada sesetengah-setengah wanita ni atau seorang ibu akan sentiasa ada niat untuk bekerja sahaja di rumah untuk jaga anak-anak dan keluarga. Membesarkan anak dan mereka depan mata sendiri. Taknak lagi hantar ke pusat taska atan pengasuh. Kos untuk seorang anak pun dah hampir RM400. Klau 2 orang anak, dah RM800. Kalau 3 orang anak, maksudnya kalau gaji RM1000 sebulan hanya habis untuk bayar duit mengasuh je.

Siapa cakap surirumah ni takde apa-apa sijil. Ida sendiri ada Diploma Teknologi Makmal Perubatan, ada cita-cita juga nak sambung sampai jadi doktor. Tapi bila rasa sayang nak biarkan anak-anak membesar dengan orang lain. Ida ambil keputusan untuk bisnes dengan Shaklee.

Macam mana Ida bertemu dengan Shaklee?

Sekarang ni zaman mengoogle kan. Ida dulu ada masalah susu kurang. Bila google Ida jumpa la produk Shaklee. Bila Ida mencuba untuk set trial menyusu, tak berapa nak menjadi. Susu masih sama. Jadi Ida stop macam tu je tapi alhamdulillah masih dapat menyusukan anak sehingga 2 tahun.

Ida mula bisnes Shaklee bila Ida bertemu dengan isteri kawan suami Ida Kak Salmi yang seorang pengedar Shaklee. Masa tu Ida mengandungkan anak kedua. Jadi buat keputusan nak buat bisnes Shaklee ni. Sebelum mendaftar jadi ahli tu, memang Ida buat research habis-habisan pasal Shaklee. Kebaikan setiap produk, buat logo fanpage sendiri. Dan kemudian Ida mulakan belajar dengan blog dari Kak Suriya Majid. Dia merupakan upline pada Kak Salmi tapi disebabkan isteri kawan suami ni kurang aktif bisnes sebab terlalu sibuk dengan kerja dia sendiri. Jadi Kak Suriya la yang banyak ajar Ida.

Ida mula buat blog pada tahun 2013 masa nak dekat-dekat tempoh nak bersalin. Paling menguatkann tanggapan Ida dengan Shaklee selepas rasa sendiri kebaikan Shaklee. Masa tu Ida cuba Set Berpantang. Memang betul-betul jatuh cinta dan teruskan makan sehingga sekarang. Dan semakin hari semakin suka dengan bisnes Shaklee ni. Lain dari lain. Sebab Ida sendiri pernah join MLM lain tapi menghampakan feel die. Ida dalam Shaklee ada sokongan banyak pihak. Setiap hari setiap masa ada je semangat yang diorang bagi, skit pun tak patahkan usaha Ida.

Biasala kita ni bila takde sale mula nak down. Tapi Ida bangkit semula dengan kata-kata upline Ida.

" Jangan kita berbisnes kerana sale, duit,untung. Tapi kita berbisnes kerana Allah S.W.T. kerana nak bantu orang lain. Jangan kita pesongkan niat kita. Contoh, jual secara tak jujur. Jual bawah dari harga runcit. "

Malah dengan bisnes Shaklee ni la dah banyak ubah diri Ida sendiri,pemikiran dan sebagainya. Ida rasa lebih puas hati bila dapat sendiri jaga anak-anak depan mata,mandikan suap makan. Dalam masa yang sama sebelah tangan lagi reply mesej customer.hehehe. Nampak kan betapa sibuknya mengalahkn ahli koperat..hahaha.

Nak Jana Pendapatan Online Untuk Bayar Sewa Rumah? from iReach HD on Vimeo.

Jadi sesiapa yang ingin berbisnes juga, terutamanya bagi surirumah sepenuh masa macam Ida. Nak bantu suami dan keluarga. Boleh la hubungi Ida dengan segera. Pendaftaran untuk jadi ahli hanya RM79.50 je seumur hidup.


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:


(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya








Post a Comment

0 Comments