AMALAN DI BULAN REJAB

9:04:00 AM

Assalammualaikum...

Alhamdullilah dah masuk bulan baru dalam Islam iaitu bulan Rejab. Dan tak lama lagi kita akan masuk ke bulan yang penuh Barakah iaitu bulan Ramadhan. Bulan yang kita akan berpuasa selama 1 bulan.


Rejab adalah kunci kebaikan dan ibadah. Berkata Abu Bakar Al-Warraq al-Balkhi: "Bulan Rejab bulan menanam pokok. Bulan Syaaban bulan menyiram pokok. Dan bulan Ramadan bulan menuai buahnya."



Tiada amalan khas yang perlu dilakukan tapi kita digalakkan untuk memperbanyakkan beribadah selagi mana yang mampu. Malah puasa-puasa sunat juga digalakkan dilakukan pada bulan ni sebagai persediaan kita pada bulan Ramadhan nanti.

Usman bin Hakim al-Ansari pernah bertanya kepada Said bin Jubeir tentang amalan puasa sunat pada bulan Rejab. Said menjawab: Aku mendengar Ibnu Abbas berkata: Rasulullah selalu berpuasa sehingga kami menyangka beliau tidak pernah berbuka. Dan baginda juga selalu berbuka sehingga kami menyangka beliau tidak pernah berpuasa. (riwayat Muslim)

Apa-apa pun tak kisah bila pun kita digalakkan mempertingkatkan amalan-amalan kita dari segi rohani dan batin. Mana yang salah, diperbetulkan. Tinggalkan perkara-perkara haram dan sebagainya.

Kita sebagai manusia tak lari dari melakukan kesilapan dan lalai. Jangan biarkan diri kita terus terjerumus dalam maksiat dan boleh menyebabkan hati kita menjadi batu untuk menerima hidayah-Nya. Nauzubillah..

Semoga sama-sama kita memperbaiki diri kita untuk lebh baik. Amin

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)