EH BETUL KE AKU HAMIL?BADAN RASA LAIN MACAM JE

Assalammualaikum...

Menunggu satu gembira untuk suami isteri dan ahli keluarga memang kadang-kadang merunsingkan kepala.Biasa la kalau pengantin baru ni, ada je nak tanya bila nak dapat anak.Kadang tu dah sampai setahun pun belum dapat anak, berpusu-pusu orang tanya kita plak jadi rimas.


Ada juga sesetengah orang yang tak perasan yang sebenarnya dirinya mengandung. Lebih-lebih lagi yang period tak menentu ni atau menyusukan anak. Tiba-tiba badan rasa lain macam je, buat la ujian kehamilan. Tup tup eh dah mengandung 4 bulan. Wah..gembira rasanya.

 10 TANDA KEHAMILAN 
1. Rasa lapar yang berpanjangan


Tanda ni kerap berlaku pada awal kehamilan. Tapi kalau yang jenis memang suka makan je macam Ida ni lain citer.hehehe.Tak mengandung pun lapar juga. Cuma kalau dah mengandung pastikan makan makanan yang berkhasiat. Mana yang kurang berkhasiat tu, setakat nak rasa sedikit boleh la.

2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara



Ada juga tanda perubahan warna pada sekeliling puting payudara. Berkemungkinan korang dah mengandung dalam beberapa minggu. Tapi ia juga boleh terjadi oleh ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan.

3. Kerap membuang air kecil


Bila janin dalam kandungan semakin membesar ia akan mula menekan pundi kencing kita. Sebab itu la ibu mengandung ni kerap ke tandas. Jadi para suami sila bersabar kalau pergi berjalan, korang kena kerap berhenti ke mana-mana tempat yang ada tandas.hehehe.

4. Merasa tidak bermaya


Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan korang berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan. Sebab itu pastikan ibu jaga kesihatan dengan baik.

5. Sakit dan tegang pada buah dada


Ibu mengandung ni ada juga yang mengalami sakit pada payudara dan tegang terutamanya apabila disentuh. Sama juga berlaku apabila korang datang bulan. Ini disebabkan hormon, bila dah terbiasa sakit tu akan berkurangan. Nak lebih selesa mandi dengan air suam dan urut sedikit.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari


Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, ada juga ibu mengandung ni akan mengalami sedikit pendarahan dan senak ari-ari akibat dari implantasi. Tetapi kalau pendarahan yang banyak, sila la ke hospitl dengan segera.

7. Rasa loya dan muntah


Tak semua ibu mengandung ni mengalami morning sickness. Ada juga sampaikan nak bersalin pun masih mengalami morning sickness. Ada tu nak masak pun tak boleh,nak bau badan suami pun tak boleh. Paling best kalau morning sickness ni tak berlaku pada ibu mengandung tapi en suami yang kena tempias nye.hehehe. Silala merasa skit ye para suami.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan


Suhu badan ibu mengandung ni kadang kala tak stabil. Ini juga disebabkan perubahan hormon yang berlaku. Kadi ibu hamil banyakkan berehat dan jalani hidup yang sihat.

9. Missed period


Dah kalau sampai 1 minggu masih belum datang period dari tarikh yang sepatutunya. Sila la buat ujian air kencing dengan segera.

10. Ujian air kencing yang positif


Dah kalau buat ujian air kencing nampak 2 line merah terang tu naik. Dah confirm la tu korang mengandung. Ada juga orang yang 1 line tu nampak samar-samar. Itu juga tanda korang hamil cuma ambil masa lagi 1-2minggu untuk nampak lebih jelas. 

Tahniah!


Nak order? sila klik

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Post a Comment

2 Comments