Seronok je tengok orang ada anak kembar kan? Comel je..pakaian sedondon. Kembar pun ada kategori kembar seiras dan tidak seiras. Kembar lelaki,kembar perempuan atau kembar lelaki dan perempuan.
Kalau kembar lelaki dan perempuan seronok la dah dapat sepasang. Bagi kehamilan anak kembar semestinya jarang tapi orang Korea ramai je kan lahir anak kembar,best kan. Ini nak kongsikan 7 petua nak hamil anak kembar, mana tahu ada rezeki korang nanti.
7 PETUA NAK HAMIL ANAK KEMBAR
1. GenetikSemestinya kalau ada ahli keluarga korang yang kembar secara automatiknya korang berkemungkinan ada genetik kembar dan berpeluang hamilkan bayi kembar. Di mana 2 ovum secara serentak dalam satu masa ada dalam rahim korang.
2. Umur
Ada kajian menunjukkan wanita yang berumur 35-40 tahun ke atas mempunyai peluang yang cerah untuk hamil anak kembar. Ini juga mungkin kerana pada umur ni ramai wanita yang akan mengambil rawatan untuk kesuburan kerana alami proses permenoupouse. Ini akan cenderung untuk hasilkan lebih dari 1 ovum semasa proses ovulasi.
3. Bilangan Anak
Semakin ramai bilangan anak yang dilahirkan semakin tinggi peluang untuk melahirkan anak kembar selepas itu.
4. Berat Badan dan Ketinggian
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.
5. Diet
Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan peluang untuk mendapat anak kembar.
6. Pengambilan Ubat Kesuburan
6. Pengambilan Ubat Kesuburan
Pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.
7. Banyakkan makan ubi keledek, ubi kentang dan susu.
Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh dapatkan anak kembar. Ada yang mengatakan bagi wanita yang memang suka minum susu dari muda dulu peluang nak dapat anak kembar lebih tinggi. Ubi kentang, ubi keledek pun boleh untuk mendapatkan anak kembar. Mungkin ke sebab orang Korea memang suka makan 3 jenis makanan ni sebab itu la diorang mudah nak dapat anak kembar? Wallauallam..
Apa-apa pun itu semua kuasa Allah s.w.t. Kita hanya boleh merancang dan ikhtiar selainnya Dia yang uruskan. Tak salah mencuba selagi tak melanggar hukum syarak.
Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293
No Id: 1074293
*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya
7 Comments
Rasa insaf nak ada anak kembar ni.. Tapi kalau Allah bagi terima saja..
ReplyDeletemudahan,amin
DeleteSeronok bila tgk orang ada anak kembar, teringin juga dibuatnya
ReplyDeletekan?kadang-kadang teringin
DeleteStkat ni x brni nk ada kmbar. Risau x terjaga dgn sebaiknya je. Tp klau dh rezeki, sngt2 menerimanya.. Rezeki dr Allah.. Dpt yng single2 pn dh bersyukur. :)
ReplyDeletemana2 pun boleh...syukur dah
Deleteteringin jugak nk kembar since belom ada anak ni..moge di saat badan berkemampuan..
ReplyDelete