RESEPI NUGGET AYAM HOMEMADE YANG MUDAH

Assalammualaikum...

Pesekolahan dah masuk 2 minggu. Alhamdullilah Asyraf semakin seronok ke sekolah dan tak menangis. Tapi yang risaukan Ida die taknak makan di sekolah. Aduh terpaksa la Ida bekalkan setiap hari kat die. 


sumber google

So Ida kenalah cari resepi yang boleh die makan nanti. Tak pun Ida just bekalkan roti je kat die. Arini Ida saja try homemade nugget ayam. Ini Ida kongsikan resepi nugget ayam homemade yan mudah.

RESEPI NUGGET AYAM HOMEMADE YANG MUDAH



Bahan-bahan:

- ayam dikisar (nak beli ayam kisar kat kedai pun boleh)
- bawang putih dikisar
- lobak merah dikisar
- garam
- gula
-telur
-tepung ubi
- serbuk roti

Cara-caranya:

1. Campur kesemua bahan-bahan yang dikisar tadi dan masukkan garam dan gula.
2. Masukkan sekali sedikit tepung ubi dan serbuk roti. Tepung tu agak-agak la sehingga doh tak melekat. Kalau tak susah nak bentuk.
3. Buat la bentuk bulat ke bujur ke, bintang ke. Ikut kreativiti korang. Buat sampai habis doh.
4. Salut kan doh tadi berulang-ulang

telur-tepung ubi-telur-serbuk roti

5. Kemudian goreng. Kalau nak bekukan pun boleh.Buat sampai habis dan letak dalam peti ais.


Cara buat serbuk roti homemade


Bakar roti dan koyakkan kecil-kecil. Blender kering. Letakkan atas pan dengan ai kecil dan goreng sehingga garing. Jangan sampai hangus plak

Dah siap!!


SELAMAT MENCUBA!

Post a Comment

5 Comments

  1. Thx for sharing...boleh la cuba buat sendiri nt :)

    ReplyDelete
  2. Thanks sharing resepi... Insha Allah... Nak buat nanti bila dah baik dari sakit...

    ReplyDelete
  3. Thanks sharing resepi... Insha Allah... Nak buat nanti bila dah baik dari sakit...

    ReplyDelete
  4. Sally selalu jugak buat...sbb selalu beli breadcrumb banyak kan kalau kat bakeri..hahaha

    ReplyDelete