7 TIPS MENGGUNAKAN KANTA LEKAP DENGAN BETUL

Assalammualaikum...

Zaman semakin canggih anak muda semakin ingin menjaga penampilan diri supaya tak nampak macam ketinggalan zaman.Tapi tak semestinya bergaya dengan jenama yang mahal cukup la sekadar asal nampak kemas dan menarik.


Kanta lekap atau 'contact lens' memang menjadi trend terkini. Masing-masing nak bagi nampak warna mata yang cantik dan ada pakai sebab dah rimas nak berkaca mata. Ini ada 7 tips meggunakan kanta lekap dengan betul.

7 TIPS MENGGUNAKAN KANTA LEKAP DENGAN BETUL

1. Cuci tangan.


Kalau masa sebelum makan pun korang akan cuci tangan begitu juga sebelum pakai kanta lekap sila la cuci tangan tu sebersihanya dengan air yang bersih. Ini untuk elakkan dari bakteria jahat yang melekat pada tangan. Selepas cuci jangan pula lupa keringkan dengan kain atau tisu yang bersih.

2. Cuci kanta lekap dengan pencuci khusus untuknya.


Bila menggunakan kanta lekap ni mesti ada pencuci yang khas untuk mencucinya. Pastikan korang mencuci kanta lekap selepas menggunakannya supaya hindar dari sebarang habuk dan kuman.

3. Pastikan kanta lekap dibahagian yang betul.


Letakkan kanta lekap di jari telunjuk dan pastikan ianya di bahagian yang betul dan tidak terbalik. Bahagian kanta lekap yang betul adalah apabila kanta lekap berbentuk melengkung seperti mangkuk, jika kanta lekap pada bahagian tidak seperti tersebut maka ianya adalah di bahagian yang salah.

4. Letak kanta lekap pada posisi anak mata perlahan-lahan.


Pastikan korang berhadapan dengan cermin dan gunakan jari telunjuk untuk meletakkan kanta lekap di bahagian anak mata. Tarik kelopak mata bahagian atas jika perlu untuk membuka mata dengan lebih luas. Kalau mata sepet kena la tarik kelopak mata kan.hehehe

5. Jangan guna kanta lekap tamat tempoh.


Kanta lekap juga mempunyai tarikh luputnya sendiri. Ini bermakna pastikan kanta lekap anda dalam jangka masa yang masih boleh digunakan. Buang serta merta jika kanta lekap korang sudah tamat tempoh.

6. Pakai cermin mata gelap pelindung sinaran UV.


Kanta lekap ni lebih sensitif dengan sinaran cahaya matahari. Jadi nasihat Ida kalau berasa di bawah sinaran matahari yang terik, pastikan pakai cermin mata gelap.

7. Jangan guna kanta lekap terlalu lama.


Ia sangat penting untuk memastikan yang korangtidak memakai kanta lekap dengan terlalu lama atau tidak lebih dari 10 jam kerana jika terlalu lama ia boleh membuatkan mata merasa pedih dan ia boleh merosakkan mata. Ini kerana ia dikhuatiri habuk yang melekat pada mata boleh terkumpul banyak dan mengakibatkan sakit mata.


Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Post a Comment

4 Comments