Semua orang semestinya nak dapatkan rambut yang cantik, sihat dan bersinar. Mana la suka kalau rambut selalu gugur bercabang,kering dan kusam. Tak boleh duduk diam oo...mesti asyik fikir nak selesaikan masalah macam mana.
Rambut bercabang adalah salah satu masalah rambut yang paling tak seronok selain dari rambut gugur pada kaum wanita atau lelaki. Ini ada 5 tips atasi rambut bercabang supaya tak nampak macam dahan kayu.
5 TIPS ATASI RAMBUT BERCABANG
1. Penggunaan perapi rambut
Kalau dalam set penjagaan rambut sememangnya akan digalakkan untuk memakai perapi rambut selepas bersyampoo. Ini kerana untuk melembutkan rambut dan mengurangkan kekusutan rambut.
2. Rajin menyikat rambut
Kalau budak-budak sikat rambut mesti tak sampai hujung kan. Separuh je. Kalau rambut panjang tu janganlah sampai tak sikat hujung die. Kang habis kusut rambut tu. Paling malas pun sekurang-kurangnya seminggu sekali.
3. Penggunaan mayonis untuk rambut bercabang
Mesti ramai tak tahu kan? Mayonis bermanfaat untuk melembutkan rambut dengan cara meletakkan satu sudu besar makan mayonis pada rambut. Kemudian, bungkus rambut menggunakan ‘shower cap’. Biarkan selama 10-15 minit dan bilas menggunakan syampu hingga bersih.
4. Jenis sikat
Gunakan sikat yang bergigi jarang supaya ia dapat mengurangkan kecederaan kepada kulit kepala semasa menyikat rambut yang kusut. Ini akan mengelakkan kulit kepala akan alami sebarang kecederaan dan agar tidak mudah rosak.
5. Elakkan guna air panas semasa mencuci rambut
Sememangnya selesa menggunakan air panas untuk mandi dan mencuci rambut. Namun sebenarnya ni akan meyebabkan kelempapan rambut tu semakin hilang dan cepat menjadi kering dan bercabang. Tambah kalau koran memang kerap cuci rambut lagi la teruk jadinya nanti.
Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293
No Id: 1074293
*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya
0 Comments