BUSY BOOK,TINGKATKAN MOTO SKILL ANAK-ANAK

Assalammualaikum...

Alhamdullilah...setelah hampir 2 minggu sebenarnya Ida dah siapkan busy book untuk anak-anak. Amik masa nak publish entry sebab masih belum binding lagi. Tak sempat nak ke kedai buku lagi.hehehehe.



Setelah bersekang mata..takde la bersekang mata sangat. Buat masa anak-anak tidur waktu petang, kadang-kadang buat depan anak-anak tapi serabut la skit sebab anak-anak pun mengacau nak buat sekali. Benda baru siap separuh dah sibuk nak main. Buat macam mana nama pun anak-anak kan. Kadang-kadang mummy die pun naik rimas mula la nak jadi hulk..hehehehe

Ini la hasil tangan mummy yang menggunting,menampal nak menjahit. Nak kata tak sibuk, sibuk la juga Ida pun. Dengan uruskan bisnes baju kanak-kanak. Dengan Shaklee dan blog mesti update selalu walaupun kadang tu termiss la jugak...

traffic light..vroom...

my tools...tools die semua lukis dan gunting sendiri

jom makan...ni pun main gunting je

transport dan color...airplane tu buat sendiri...

mini zoo dan numbers

shapes


pick apples




laundry...

Ni la sebahagiannya hasil kreativiti mummy yang tak berapa kreatif sangat la kan. Main belasah je buat. Tu pun ada juga dapat tempahan untuk buat 2 buah busy book ni. Jadi Ida beli je buku yang dah siap binding, Ida nanti buat je aktiviti dalam tu.

Busy book yang Ida buat ni ada 5 helai keping so dalam tu lebih kurang dalam 9-10 aktiviti rasanya. Memang penuh la kecuali muka depan dan belakang sekali..hehehe..Tu pun ada lebih lagi mungkin nak buat lagi sebuah buku flash card.

Ok ni je nak kongsi, jangan tanya mana Ida dapat semua ni. Dah tak ingat, beli campur-campur..tapi lagi best kalau korang pergi kedai Mr DIY, kat sana semua ada dan murah. Sebab Ida pun ada beli kat sana juga.heheheh

Post a Comment

2 Comments