5 KEBURUKAN ABAIKAN SARAPAN, ALA TAK SEMPAT NAK MAKAN

Assalammualaikum...

Setiap hari bekerja memang penuh dengan orang yang bersesak nak ke tempat kerja, mana dengan budak sekolah lagi. Sempatkah diorang sarapan? Sebenarnya ramai orang yang suka abaikan sarapan. Ada tu sebabnya dah lambat nak ke tempat kerja, takut jalan sesak, bangun lambat dan sebagainya.


Bila dah masuk kerja memang tak sempat la nak makan apa-apa. Sedangkan perut tu berkeroncong nak mintak di isi makanan. Terpaksa la minum air je tunggu sampai tengahari. Ada tu curi skit la masa makan biskut kosong sementara waktu. Tak bagus sebenarnya abaikan sarapan ni. Ini ada 5 keburukan abaikan sarapan.

5 KEBURUKAN ABAIKAN SARAPAN

1. Kecekapan kerja menurun


Semalaman kita tidur, masa tu nutrisi badan akan berkurangan dan paras gula akan menurun. Sebab itu la kalau pesakit kencing manis akan disuruh puasa semalaman untuk periksa kadar gula dalam darah sama ada tinngi atau rendah. Bila kita abaikan sarapan ini akan menghalang tubuh badan untuk menambah gula dalam darah, mula la berlaku masalah lain seperti pening, lemah badan dan kemurungan, dan mempengaruhi prestasi kerja.

2. Cenderung menjadi obesiti


Mungkin ada setengah orang yang fikir, malas la nak makan aku nak diet..nak kurangkan berat badan. Salah sebenarnya.Cara ni sebenarnya akan menyebabkan berat badan kita lagi bertambah. Kenapa? Sebabnya bila pagi kita tak sarapan..masa tu perut sememangnya sangat-sangat lapar. Dan bila masuk tengahari baru kita makan..otak kita akan set...aku nak makan banyak la..lapar ni dari pagi tak makan...Dah satu masalah berat naik..kemungkinan jadi obesiti plak nanti.

3. Refleks perlahan


Sarapan ni merupakan sumber tenaga utama untuk prestasi fizikal dan mental yang lebih aktif untuk kita seharian. Tanpa pengambilan sarapan pagi, badan akan mengalami kekurangan bekalan gula, mengakibatkan kehabisan tenaga, keletihan, tumpuan lemah, kemurungan dan refleks perlahan.

4. Penuaan pra-matang


Bila badan kekurangan sumber tenaga ia akan mula bakar tenaga daripada simpanan glikogen dan protein. Tahu kan ini penting untuk kulit. Dalam jangka masa yang lama, ia bakal menyebabkan kulit menjadi kering, berkedut dan anemia. Dan ini akan menyebabkan kita nampak lebih tua dari usia sebenar.

5. Sembelit


Bila kita makan tiga kali setiap hari iaitu pagi, tengahari dan malam. Tubuh kita secara automatik akan memelihara pergerakan usus dengan lebih efektif. Kalau dalam jangka masa yang panjang kita suka abaikan sarapan setikap hari ini akan menganggu pegerakan usus dan mula akan menyebabkan masalah sembelit.





Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

1 comment:

Followers

social network

APDM SAPS