6 TIPS DIET YANG BETUL BAGI BAKAL PENGANTIN

Assalammualaikum..

Bila semakin hari semakin dekat hari yang dinantikan. Hari yang akan diijabkabulkan para bakal pengantin baru mesti agak resah, gelisah bila berat badan tak nak turun. Makin bertambah ada la.




You don’t alter Vera to fit you, you alter yourself to fit Vera.” 

Itu antara kata-kata Kate Hudson dan Anne Hathaway di dalam filem Bride Wars yang ditayangkan pada tahun 2009. Para pengantin mesti akan turunkan berat badan paling tidakpun akan kekalkan berat badan yang sekarang. Tapi yang apaling penting biarla kurus secara sihat bukan sakit. Biar nampak badan tu fit je. Ini ada 6 tips diet yang betul bagi bakal pengantin.


6 TIPS DIET YANG BETUL BAGI BAKAL PENGANTIN


1. Ketahui Target



Bila dah ada target so senang korang akan mula rancang cara diet korang. Contohnya kalau korang nak turunkan 5kg seurang-kurangkan korang perlukan masa dalam 5-10mingu untuk menjayakannya. Sasaran jangka pendek ini relevan bagi yang ingin menghilangkan lemak dan tiada kaitan dengan otot dan tisu tubuh. Menurut jurulatih selebriti Hollywood, Cynthia Conde kadar susut berat badan yang ideal ialah tiga kilogram sebulan. Penurunan berat badan boleh dilakukan dengan mengurangkan pengambilan kalori dan bersenam.
2. Jangan Stress



Bila kita menguruskan peersiapan perkahwinan memang agak stress. Nak rancang bajet dut tak cukup plak. Emosi yang stabil merupakan salah satu punca diet tak berjaya. Dan kebanyakkannya akan mula makan dengan banyak sebagai ubatnya. Jadi selesaikan persiapan perkahwinan dengan lebih cepat dan awal baru la mulakan diet yang betul.

3. Pil Bukan Penyelesaian




Jangan jadikan pil kurus sebagai jalan singkat. Kebiasaannya pil kurus akan memberi kesan kepada sistem nervous. Kena berhati-hati memilih pil kurus sebarangan sebab ada kandungan kafein di dalam pil kurus pula menyebabkan korang berasa moody dan ‘edgy’ dan menyebabkan koang stress. Jika masa semakin singkat Cynthia Conde mencadangkan agar mengurangkan pengambilan kalori, tingkatkan pengambilan protein dan elak makanan berlemak. Conde mencadangkan korang mengamalkan diet begini dalam jangka masa dua minggu sebelum majlis perkahwinan berlangsung.

4. Jangan Sekat Makanan




Tidak makan bukanlah cara terbaik untuk diet, sebaliknya korang perlu mengurangkan kuantiti makanan bagi setiap sesi. Selain itu, pakar nutrisi turut mencadangkan anda mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit namun kerap. 


Jika korang mula skip walaupun satu hidangan tubuh akan menukarkan makanan kepada lemak sebagai sumber tenaga. Manakala jika korang mengurangkan kuantiti, makanan yang diambil akan dibakar secara berkesan dan lemak akan menjadi sumber utama tenaga. Lebih pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia mengandungi vitamin dan khasiat yang baik untuk kulit. Ini akan mencantikkan lagi kulit korang.
5. Bersenam



Lakukan senaman ringan sekerap yang mungkin. Sebagai bakal pengantin ramai yang suka melakukan senaman yang berat untuk turunkan berat badan dengan cepat. Ini akan memudaratkan diri sendiri je. Senaman ringkas seperti berjalan sejauh tiga batu, atau berjoging sudah memadai. Lakukan dengan kerap supaya bentuk tubuh idaman di hari bahagia menjadi kenyataan.

6. Berpuasa




Berpuasa antara amalan yang disunatkan dalam Islam. Semua sedia maklum berpuasa itu banyak hikmah dan kebaikannya. Oleh itu, apa kata korang mula berpuasa sebagai salah satu proses menurukan berat badan. Tapi berhati-hati dengan menu berbuka korang. Jangan berlebih-lebihan dan pilih la makanan yang berkhasiat dan seimbang. Tiada istilah reward diri setelah letih dan berlapar sepanjang hari.





Nak order? sila klik



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.

Post a Comment

2 Comments

  1. akak dulu masa kawen kurus kecik.. tengok baju nikah.. Ya Allah tak percaya sebesar sekarang.hahaha

    ReplyDelete