5 KHASIAT AIR KELAPA MUDA UNTUK IBU MENGANDUNG

2:15:00 PM

Assalammualaikum...


Air kelapa muda memang sedap kalau minum waktu petang di tepi pantai plak tu. Segar je rasa badan. Air kelapa muda ni juga ada yang minum untuk masalah demam campak untuk buang panas dalam badan.


Selain itu air kelapa muda ni bagus untuk ibu mengandung terutamanya bila hampir waktu bersalin. Pada awal kehamilan tak digalakkan minum sebab ada kata agak berbisa. Zat yang terkandung di dalamnya banyak berikan khasiat untuk anak dalam kandungan. Ini ada 5 khasiat air kelapa muda untuk ibu mengandung.

5 KHASIAT AIR KELAPA MUDA UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Kandungan Elektrolit


Air kelapa muda ni kaya dengan kalsium, kalium, elektrolit, klorida, magnesium, riboflavin, dan juga sodium. Ia dikenali sebagai isotonik semulajadi kerana kandungan mineralnya dama dengan kandungan dalam tubuh Ia sangat bagus untuk memberikan tenaga dan tingkatkan stamina ibu mengandung. Malah ia boleh mengelakkan dehidarasi, kurangkan sakit kontraksi, kaki cramp,sakit kepala pada ibu mengandung.

2. Memiliki Diuretik


Air kelapa juga berfungsi sebagai diuretik yang steril, air kelapa muda terbukti memperlancar proses pembuangan air kencing dan membantu membersihkan saluran kencing. Hal ini tentu saja dapat mengeluarkan zat racun atau racun yang dihasilkan tubuh dan mencegah infeksi pada saluran kencing yang selalu terjadi pada ibu hamil dan menyebabkan kencing tak lawas.
3. Sebagia Anti Penyakit


Air kelapa muda mengandungi asam laurat, sejenis asam yang dapat membantu melawan berbagai penyakit. Asam laurat yang cukup banyak dalam air kelapa sama dengan yang ditemukan dalam susu ibu dan memiliki kesamaan karakteristik sebagai antijamur, antibakteri dan antivirus, malah memberikan kesihatan ibu dan bayi dari virus berbahaya seperti herpes dan HIV, protozoa giardia lamblia serta bakteria dan klamidia heliokobater.

4. Membantu Pencernaan Selama Kehamilan


Air kelapa juga terbukti meningkatkan fungsi pencernaan orang dewasa mahupun anak-anak. Selama kehamilan, plasenta akan menghasilkan jenis hormon yang disebut progesteron, yang akan melambatkan atau berikan masalah pada sistem pencernaan. Tapi air kelapa ni dapat membantu untuk mengatasinya.

5. Dapat Meningkatkan HDL


Air kelapa muda tidak mengandung sedikit lemak dan kolesterol malah para kajian telah membuktikan bahawa air kelapa dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) dalam tubuh.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

You Might Also Like

4 comments

  1. perkongsian yang baik...tapi ada mengatakan air kelapa tidak sesuai dimakan bersama isinya dalam masa yang sama benarkah?

    ReplyDelete
  2. wah..perkongsian yang menarik..good job...

    ReplyDelete

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)