5 TIPS ATASI BENGKAK KAKI IBU MENGANDUNG

Assalammualaikum...

Perkara normal bila ibu mengandung ni akan mengalami masalah bengkak kaki terutamanya bila dah masuk trimister ke-2. Kadang kala sebab terlalu lama berdiri atau banyak berjalan pun akan menyebabkan bengkak kaki ni.


Ini juga disebabkan bila rahim yang semakin membesar juga memberikan tekanan pada pembuluh darah dan menyebabkan kaki bengkak. Ini ada 5 tips atasi masalah bengkak kaki.

5 TIPS ATASI MASALAH BENGKAK KAKI

1. Rendam kaki dalam air


Rendam kaki yang bengkak dalam air sejuk. Ini akan membantu kaki untuk lebih rileks dan melancarkan peredaran darah pada kaki. Bengkak kaki juga akan berkurang lebih cepat.

2. Senaman ringan


Ibu hamil ni kadang kala memang malas nak bersenam. Ala tak perlu senaman berat pun, senaman ringan he pun dah ok sebenarnya. Misalnya yoga, ini mampu meningkatkan peredaran darah.Kalau korang suka dan pandai berenang lagi bagus.

3. Banyak minum air putih


Air putih sangat bagus untuk tubuh dan mengandungi banyak mineral yang diperlukankan. Air putih akan membantu tubuh mendapatkan banyak cecair dengan baik dan mengurangkan bengkak kaki.

4. Urut


Urutan juga boleh membantu mengurangkan masalah begkak kaki. Tapi jangan sebarang urut plak kang tersalah urat dan membahayakan kandungan nanti. Ada urutan khas untuk ibu mengandung, google je..

5. Posisi tidur


Waktu tidur, cuba tidur mengiring ke kiri. Bila tidur mengiring sebelah kanan akan membuat aliran pembuluh darah ke jantung tersekat. Boleh juga kalau lapik kaki dengan bantal untuk memperlancarkan aliran darah.


Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293


*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Post a Comment

1 Comments