11 TIPS AJAR ANAK RAJIN SOLAT

Assalammualaikum...

Dari dalam kandungan sehingga anak dilahirkan, setiap hari, setiap kali bersolat kita sentiasa akan mendoakan anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah.



Dengan doa anak-anak la yang akan dijadikan bekalan kepada kita di akhirat nanti. Insyaallah. Semestinya ibu bapa mestilah ajar dan latih anak tentang agama terutamanya solat. Ini ada 11 tips ajar anak rajin solat untuk dikongsikan.



11 TIPS AJAR ANAK RAJIN SOLAT

1.Biasakan anak mendengar laungan azan





Biasakan dan ajar anak mendengar laungan azan sejak kecil. Kalau rumah dekat dengan masjid atau surau lagi bagus. Kalau jauh cukupla dengar dari televisyen je Ajar anak untuk berenti bermain atau bercakap masa dengan azan. Ini secara tak langsung untuk ajar anak supaya menghormati laungan azan.

2.Ajar anak doa selepas azan


Anak kecil ni memang cepat ingat apa yang kita ajar atau apa yang die lihat. Sebab itu la ibu bapa mesti tunjukkan teladan dan tabiat yang baik kepada anak-anak. Rajinkan diri membaca doa selepas azan sebaiknya bersama-sama anak-anak. Insyaallah satu hari nanti kita akan terkejut bila mereka boleh membaca doa sendiri.

3. Didik solat sejak bayi




Jangan kata masa anak masih bayi tak boleh ajak solat bersama. Mestilah boleh dengan cara mendukungnya Pastikan masa itu anak dalam keadaan bersih, dah tukar lampin. Kalau tak larat cukup sekadar letak anak di sebelah. Anak masih bayi insyaallah takkan menganggu solat kita pun.

4. Ajar anak mengambil wuduk




Kadang kala anak suka tiru kita terutamanya semasa berwuduk.Biarkan je. Ini salah satu proses nak ajar mereka tentang cara berwuduk. Ida pun suka biarkan Asyraf ambil wuduk sama-sama dengan Ida. Alhamdullilah..kadang-kadang sebelum solat dia kata nak amik air sembahyang kejap.Comel je kan...hehehe. Lebih baik tampal poster cara berwuduk dengan betul di pintu bilik air supaya anak mudah nak ikut.

5. Dengarkan anak bacaan dalam solat




Semasa solat sebaiknya kuatkan skit suara supaya anak dengar apa yang kita bacakan. Kalau kita selalu membawa anak bersama ke surau atau ke masjid tentu takde masalah. Tapi tak ramai yang suka bawa anak sebabnya takut anak menganggu jemaah yang lain. Jadi semasa di rumah, dengarkan apa yang kita baca semasa solat. Masa diluar solat pu kita boleh ajar juga.

6. Solat berjemaah




Amalan solat berjemaah dengan keluarga sememangnya amat bagus diamalkan oleh setiap keluarga. Mungkin bagi ibu bapa yang berkerja tak sempat setiap hari. Tak salah juga setiap hujung minggu atau cuti solat jemah bersama-sama. Ini juga dapat mengukuhkan ikatan kekeluargaan.

7. Ajar anak berwirid




Biasakan anak mendengar bacaan wirid, tasbih dan tahmid selepas bersolat. Awalnya dia mungkin tidak memberikan sebarang respon tetapi lama kelamaan anak akan seronok berwirid sama.

8.Berdoa untuk anak




Berdoalah untuk kebaikan anak anda. Sebut namanya dan mohonlah doa supaya dia menjadi anak yang baik, anak yang soleh dan solehah, rajin belajar, rajin menolong ibu dan ayah. Anak-anak mesti akan gembira dan seronok bila kita menyebut namanya dalam doa kita.

9. Berikan anak pujian




Kanak-kanak memang suka dipuji. Oleh itu jangan lupa memuji kelakuan baik mereka yang rajin bersolat dan dapat mengerjakan solat dengan betul tanpa bermain. Ini dapat memberikan mereka semangat untuk solat dengan lebih baik. 

10. Tegur kesilapan solat anak

Kalau anak ada lakukan kesilapan semasa solat tegur la dengan cara baik. Mereka masih kecil dan masih sedang belajar. Teguran biarlah secara berhemah dengan cara meminta anak jangan mengulangi kesilapan tersebut sambil bagi sedikit pujian.

11. Amalkan doa surah Ibrahim ayat 40




Amalkan doa dari surah Ibrahim ayat 40 setiap kali selepas solat dan sebelum tidur. Minta daripada Allah agar menjadikan diri kita dan anak-anak kita sebagai hamba yang sentiasa mengerjakan solat.Maksud ayat 40 surah Ibrahim: 



Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

1 comment:

  1. Alhamdulillah.. byk tips yg sgt bermanfaat. Tq. Semoga kita sentiasa dpt mengamalkannya.

    ReplyDelete

Followers

social network

APDM SAPS