5 KESAN AKIBAT TEKANAN KERJA, STRESSNYA!

Assalammualaikum...

Zaman sekarang ni semuanya memerlukan wang. Nak diikutkan wang bukan la penting tapi perlukan wang untuk segala-galanya. Nak pergi toilet yang ala-ala nak runtuh pun kena bayar jugak tau.




Bila ada masalah macam ni semestinya menjadi tekanan untuk mencari kerja yang berpendapatan tinggi. Atau pun nak cuba naik pangkat. Bila semua ni berlaku, kesihatan bukan lagi jadi keutamaan dan lebih teruk kita akan mengalami stress yang kronik dan menganggu kesihatan mental dan fizikal. Ini ada 5 kesan akibat tekanan kerja


5 KESAN AKIBAT TEKANAN KERJA

1. Nutrisi badan tidak seimbang



Kerja terlalu banyak, mula la amik kerja lebih masa setiap hari ini akan menyebabkan badan kita akan menjadi terlalu penat. Kita akan mula bergantung unutk minum kopi agar kekal berrtenaga. Malah pemakanan kita juga akan jadi tak seimbang. Bermungkinan seharian hanya makan roti je sebagai alas perut. 


2. Kurang tidur 




Orang dewasa memerlukan tidur yang mencukupi antara 7 hingga 8 jam sehari bagi memberi tenaga pada keesokan harinya. Kurang tidur menyebabkan otak jadi lembap dalam memberi tindakbalas dan berfikir. Ini akan menganggu prestasi kerja kita.

3. Tidak gembira




Kita terlalu asyik dengan kertas kerja, perbincangan berjam-jam lamanya ini membuatkan kita takde masa untuk diri sendiri. Apatah lagi dengan orang sekeliling. Hubungan antara keluarga juga akan pudar dan menyebabkan hati tidak gembiran. Ini akan membuatkan kita mudah rasa nak angin, nak marah dan berasa tidak bersyukur dengan nikmat hidup.

4. Penambah tenaga




Tidak fokus, mengantuk dan letih mendorong korang untuk menikmati minuman tenaga agar segar kembali. Minuman tenaga mengandungi bahan tambahan dan vitamin yang jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan toksik pada hati, gangguan sistem saraf, tekanan darah rendah serta penyakit mental.

5. Penyakit




Menurut World Health Organizatiion (WHO), 35 peratus daripada kes stres kerja mengakibatkan penyakit mental kronik. Mereka juga mengalami kemurungan yang berpanjangan akibat panik dan kerisauan sepanjang masa. Selain itu, bagi mereka yang bekerja melebihi 10 jam setiap hari mempunyai 60 peratus peluang lebih tinggi untuk menghidap penyakit jantung.




Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.

Post a Comment

2 Comments