4 CARA MUDAH BUANG TOKSIN DALAM BADAN SUPAYA LEBIH SIHAT

Assalammualaikum...

Bila usia semakin meningkat kadar metabolisma badan akan semakin menurun. Sebab itu la pada usia ni kita mestilah menjaga pemakanan kita supaya badan dapat berfungsi dengan baik.


Ada juga yang jenis mengambil sebarang nutrisi makanan atau pun makanan tambahan tapi tiada sebarang perubahan yang berlaku. Itu la sebabnya pentingnya untuk buang toksin dalam badan supaya badan dapat menyerap zat dengan baik. Ini ada 4 cara mudah buang toksin dalam badan supaya lebih sihat.

4 CARA MUDAH BUANG TOKSIN DALAM BADAN

1. Sarapan


Ramai yang suka meninggalkan sarapan pagi atas alasan tiada masa atau tak sempat. Dan kemudiannya bila masuk makan tengahari akan makan dalam kuantiti yang banyak.  Tahukah korang pembakaran kalori akan lebih aktif pada waktu pagi dan dengan pengambilan sarapan pagi akan membantu meningkatkan metabolisme dalam badan.

2. Rempah Ratus


Kita orang Asia memang terkenal dengan rempah ratus dalam masakan seperti kari, asam pedas, rendang daln sebagainya. Ini sangat bagus sebenarnya kerana rempah ratus juga mampu meningkatkan kadar metabolisma dalam badan. Menurut kajian Agricultural Research Service of United States dengan mengunyah kulit kayu manis seseorang itu mampu mengurangkan 30% kalori dalam badan.

3. Kromium


Zat kromium membantu tubuh membakar kalori dan lemak dalam badan. Bahan seperti daging, telur, epal, pisang serta bayam mengandungi zat kromium yang tinggi untuk membantu meningkatkan kadar pembakaran kalori. Jika ingin mengambil zat tambahan seperti supplement pastikan ia mengandungi 120mcg kromium.

4. Vitamin D



Vitamin D penting dalam proses penyerapan kalsium yang sekali gus membantu peningkatan metabolisme badan. Menghabiskan waktu beberapa minit di bawah pancaran matahari pagi sama seperti mendapat satu hidangan ikan tuna dan segelas susu.


Nak order? sila kliK


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Post a Comment

0 Comments