RESEPI RENDANG AYAM YANG SEDAP DAN MUDAH

7:44:00 AM

Assalammualaikum....

Agaknya dah berapa banyak lembu dah kena sembelih kan tahun ni. Hari ini pak mertua akan tumbangkan seekor lembu dekat tumah. En suami baru je ke sana untuk tolong sekali. Awal plak tak pasal terlepas lembu tu kejap tadi.



Semalam Ida ada buat makan lontong skit tak jangka la mak mertua semua nak datang. Licin kau dah berapa kali tambah dah tu..tak sempat nak snap gambar.hehe. So malam semalam Ida ada buat rendang ayam. Adik ipar la nak makan, mak mertua pun minta masakkan sebab arini ramai nak datang rumah takut lauk tak cukup. Ida pun buat la skit. Ini Ida kongsikan resepi rendang ayam yang sedap dan mudah.


RESEPI RENDANG AYAM YANG SEDAP DAN MUDAH

Bahan-bahan:
  • Seekor ayam (potong dadu/kecil)
  • kerisik 2 sudu besar
  • 10 biji bawang besar (lebih pun takpe)-dikisar
  • 8 biji bawang putih *tengok pada kuantiti ayam -dikisar
  • halia sebesar ibu jari -dikisar
  • kunyit hidup -dikisar
  • 4 batang serai -dikisar
  • lengkuas-dikisar
  • daun limau purut
  • daun kunyit
  • cili padi - diketuk
  • cili boh
  • garam dan gula
Cara-caranya:

1. Tumis bahan kisar sampai naik minyak. Masukkan cili boh (ikut korang suka pedas mana).Masukkan cili padi.

2. Bila dah naik minyak mengelegak tu masukkan ayam, garam dan gula termasuk kerisik.

3. Gaul la sampai die masak

4. Dah nak nampak nak kering skit masukkan daun limau purut dan daun kunyit yang dipotong halus.

5. Tunggu sehingga kering dan naik minyak. Tutup api.

Dah siap boleh dimakan dengan nasi atau ketupat.


SELAMAT MENCUBA!

You Might Also Like

2 comments

  1. hyeeee...Selamat Hari Raya Aidiladha !
    dpt juga lepas rindu nak blogwalking..

    ReplyDelete
  2. terima kasih sudi datang ke blog Etuza ya..akan klik blog anda

    ReplyDelete

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)