Ibu hamil ni memang cukup sensitif. Perubahan emosi ini paling ketara dalam 12minggu pertama kehamilan. Masa ni ada ibu-ibu suka marah atau menangis. Ada juga yang berlaku beberapa minggu terakhir sebelum bersalin.
Tapi sebaiknya ibu-ibu kena mengawal emosi korang sebab ini akan memberi kesan pada anak kandungan. Kena la tunjukkan anak yang kita ni kuat jadi anak pun akan jadi kuat. Kita mesti taknak anak kita nanti lebih cepat sensitif dari kita sendiri kan. Ini 6 perkara kenapa ibu hamil cepat menangis.
6 PERKARA IBU HAMIL CEPAT MENANGIS
1) Cuba Untuk Dapatkan Keselesaan
Tak siapa yang tahu sama ada kehamilan senang atau susah. Setiap malam wanita hamil tidak dapat tidur dengan selesa sehingga berbulan. Mereka lebih banyak habiskan masa dengan berjaga dan kerap ke tandas. Perut yang semakin membesar juga boleh buatkan keadaan tidak selesa. Kalau kita yang tak mengandung pun akan rasa tak selesa kan lebih-lebih lagi waktu malam.
2) Salah Dihidangkan Makanan Yang Dipesan
3) Tidak Tahu Apa Yang Mahu Dimakan
4) Tidak Dipelawa Untuk Duduk Di Dalam Pengangkutan Awam
Ia sukar untuk seimbangkan diri dalam pengangkutan awam dalam keadaan berdiri dan hamil. Dalam keadaan emosi yang tidak stabil, wanita hamil boleh menitiskan air mata ketika itu. Kalau ye pun korang nampak wanita hamil bagi la dia duduk. Ada berita dulu psal ibu menyusukan anak sambil duduk di lantai dalam LRT. Kesian sangat. Orang sekeliling tengok je termasuk la wanita muda. Mana la rasa keperimanusiaan zaman sekarang ni.
5) Iklan Yang Berkaitan Bayi, Kanak-kanak dan Binatang
Iklan binatang terbiar yang mencari makan merata rata boleh tumpahkan air mata wanita hamil. Itu belum psal berita bayi yang dibunuh la dibuang, mana la letak imam budak zaman sekarang ni.
6) Perasaan Keibuan
Pertama kali merasa bayi menendang boleh menyebabkan perasaan keibuan dan boleh menyentuh perasaan wanita hamil. Mungkin wanita hamil merasa ikatan ibu anak sudah terjalin. Saat ini ibu rasa terharu sangat, bagaikan anak faham apa yang si ibu cakapkan.
Jadi pada para suami, bersabar la. Layankan je isteri korang dia dah mengandungkan anak kita. Bawa perut selama 9bulan. Tapi si isteri pun jangan la ambil kesempatan. Kesian juga la kat suami tu bersusah payah melayan kerenah korang. Jangan terlalu emosi sangat, kesian anak dalam kandungan.
Ida doakan ibu-ibu hamil sentiasa menjaga kandungan dengan baik. Amalkan makanan yang seimbang dan berkhasiat.
SEMOGA INI MEMBERI MANFAAT!
6 Comments
hoo, baru tahu.. pernah dengar juga ibu yang preggy ni mudah sensitif.. maybe perubahan hormon... apapun, tabahnya seorang ibu mengandung
ReplyDeletexpe..nanti rasa la..heheh
Deletekaki baby tuu...terharuuunyee
ReplyDeletennti tiba masa rasa sndri lagi terharu
Deletehehehehee... comelnya bab nangis sebab tgk iklan baby dan binatang tu... tapi memang betul pun... cepat sensitif kan... hehehehe... :)
ReplyDeleteSalam.. haii.. jemput join giveaway saya ye.. ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIC dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM350 untuk direbut..!! Jom ajak ramai-ramai join.. jomm.. jommm..!! tQ so much... :)
yup betul
Delete