6 PERKARA IBU HAMIL CEPAT MENANGIS, SEDIHNYA

Assalammualaikum...

Ibu hamil ni memang cukup sensitif. Perubahan emosi ini paling ketara dalam 12minggu pertama kehamilan. Masa ni ada ibu-ibu suka marah atau menangis. Ada juga yang berlaku beberapa minggu terakhir sebelum bersalin.


Tapi sebaiknya ibu-ibu kena mengawal emosi korang sebab ini akan memberi kesan pada anak kandungan. Kena la tunjukkan anak yang kita ni kuat jadi anak pun akan jadi kuat. Kita mesti taknak anak kita nanti lebih cepat sensitif dari kita sendiri kan. Ini 6 perkara kenapa ibu hamil cepat menangis.

6 PERKARA IBU HAMIL CEPAT MENANGIS

1) Cuba Untuk Dapatkan Keselesaan


Tak siapa yang tahu sama ada kehamilan senang atau susah. Setiap malam wanita hamil tidak dapat tidur dengan selesa sehingga berbulan. Mereka lebih banyak habiskan masa dengan berjaga dan kerap ke tandas. Perut yang semakin membesar juga boleh buatkan keadaan tidak selesa. Kalau kita yang tak mengandung pun akan rasa tak selesa kan lebih-lebih lagi waktu malam.

2) Salah Dihidangkan Makanan Yang Dipesan




Ibu hamil ni memang suka makan macam-macam. Orang kata mengidam tapi kalau encik suami salah belikan makanan yang dipesan, si isteri boleh menangis tau. Itu belum kat shopping mall lagi..agaknya tak dapat makan aiskrim Basket Robbin pun boleh menyebabkan si ibu hamil menangis teresak-esak.

3) Tidak Tahu Apa Yang Mahu Dimakan




Banyak makanan yang wanita hamil rasa tidak lalu makan tetapi perlu makan sehingga membuatkan dia tak tahu nak makan apa dan perut masuk angin. Kejap kata nak makan pisang goreng,kejap rasa nak makan burger bakar. Dah dapat,takde selera plak. Kesian kat encik suami bersusah payah keluar cari.

4) Tidak Dipelawa Untuk Duduk Di Dalam Pengangkutan Awam


Ia sukar untuk seimbangkan diri dalam pengangkutan awam dalam keadaan berdiri dan hamil. Dalam keadaan emosi yang tidak stabil, wanita hamil boleh menitiskan air mata ketika itu. Kalau ye pun korang nampak wanita hamil bagi la dia duduk. Ada berita dulu psal ibu menyusukan anak sambil duduk di lantai dalam LRT. Kesian sangat. Orang sekeliling tengok je termasuk la wanita muda. Mana la rasa keperimanusiaan zaman sekarang ni.

5) Iklan Yang Berkaitan Bayi, Kanak-­kanak dan Binatang


Iklan binatang terbiar yang mencari makan merata rata boleh tumpahkan air mata wanita hamil. Itu belum psal berita bayi yang dibunuh la dibuang, mana la letak imam budak zaman sekarang ni.

6) Perasaan Keibuan


Pertama kali merasa bayi menendang boleh menyebabkan perasaan keibuan dan boleh menyentuh perasaan wanita hamil. Mungkin wanita hamil merasa ikatan ibu­ anak sudah terjalin. Saat ini ibu rasa terharu sangat, bagaikan anak faham apa yang si ibu cakapkan.

Jadi pada para suami, bersabar la. Layankan je isteri korang dia dah mengandungkan anak kita. Bawa perut selama 9bulan. Tapi si isteri pun jangan la ambil kesempatan. Kesian juga la kat suami tu bersusah payah melayan kerenah korang. Jangan terlalu emosi sangat, kesian anak dalam kandungan.

Ida doakan ibu-ibu hamil sentiasa menjaga kandungan dengan baik. Amalkan makanan yang seimbang dan berkhasiat.

SEMOGA INI MEMBERI MANFAAT!

6 comments:

  1. hoo, baru tahu.. pernah dengar juga ibu yang preggy ni mudah sensitif.. maybe perubahan hormon... apapun, tabahnya seorang ibu mengandung

    ReplyDelete
  2. hehehehee... comelnya bab nangis sebab tgk iklan baby dan binatang tu... tapi memang betul pun... cepat sensitif kan... hehehehe... :)


    Salam.. haii.. jemput join giveaway saya ye.. ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIC dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM350 untuk direbut..!! Jom ajak ramai-ramai join.. jomm.. jommm..!! tQ so much... :)

    ReplyDelete

Followers

social network

APDM SAPS