5 TIPS KAWAL NAFSU MAKAN,ELAK BERAT BERTAMBAH NAIK

Assalammualaikum...

Ada banyak cara nak kurangkan berat badan. Selain dari diet, bersenam dan pengambilan supplement, korang juga boleh kurangkan berat badan dengan mengawal nafsu makan. Tapi kebanyakkannya memang tak boleh nak kawal nafsu makan, itu la sebabnya berat badan akan naik.




Nafsu makan memang agak susah nak kawal pada peringkat awal, tapi lama-lama korang akan mula terbiasa dan boleh mengawal nafsu makan dengan mudah. Ini ada 5 tips kawal nafsu makan yang membuak-buak.



5 TIPS KAWAL NAFSU MAKAN

1. Minum air mineral



Minum air mineral dalam 5-8 gelas sehari adalah perkara yang wajib dilakukan setiap hari. Dehidrasi atau kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan nafsu makan korang akan bertambah membuak-buak. Minum air yang sekerap mungkin membuatkan korang rasa kenyang. Tips dari Ida minum segelas air setiap kali sebelum makan.

2. Makan dalam kuantiti yang kecil




Makan berulang-ulang kali dalam 4-5 kali adalah lebih baik daripada makan 3 kali dengan kuantiti makanan yang sangat banyak. Ini adalah cara yang terbaik untuk kurangkan dan mengawal nafsu makan.

3. Jangan lewatkan waktu makan




Elakkan makan terlalu lewat kerana ia akan menyebabkan korang berasa sangat lapar dan akan makan dengan banyak. Sebaiknya makan sebelum pukul 7 malam dan tak lebih dari pukul 10 malam.

4. Lebihkan serat dalam menu makan 




Pemakanan yang penuh serat akan membuatkan korang rasa kenyang dan tidak langsung akan mengurangkan selera makan. Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Contoh seperti  lobak,timun,kekacang dan banyak lagi. Timun adalah salah satu makanan yang bagus untuk kawal nafsu makan. Tak percaya? Makan timun setiap kali selepas bersenam atau masa makan nasi. Mesti korang akan rasa cepat kenyang.

5. Makan secara perlahan




Makan secara perlahan akan membuatkan rasa cepat kenyang walaupun makan dalam kuantiti yang sedikit.Cara ini ternyata berkesan tetapi korang akan makan secara berulang-ulang. Sebab itu la Ida katakan tadi lebih baik makan 4-5 kali sehari dari makan 3kali tapi dalam kuantiti yang banyak.





Set ini bukan hanya akan membantu korang mengawal nafsu makan malah akan membantu mengurangkan berat badan dengan lebih cepat. Korang akan rasa lebih kenyang dan badan akan terasa lebih ringan selepas ni.

Nak order? sila klik



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Post a Comment

2 Comments

  1. Mengontrol nafsu makan ni lah yang agak sukar. Kalau rasa lapar pasti akan ke dapur cari makanan. Tapi sekarang dah tahu caranya ..mudah-mudahan boleh konsisten dengan cara ni. Terima kasih admin.

    ReplyDelete