5 TIPS ATASI BAU MULUT,BUSUKNYA MULUT KO!

Assalammualaikum..

Kadang kala mesti kita akan berdepan dengan orang yang ada masalah bau mulutnya agak busuk kan? Selalunya terjadi dalam bulan puasa tapi tak terkecuali bukan di bulan Ramadhan.


Kalau yang mulut lantang tu terus je cakap "busuknya bau mulut ko", kecik hati kawan. Kalau terjadi pada kita macam mana? Malu jugak kan..nak tegur pun jangan la depan orang. Bisik-bisik la dekat die. Ini ada 5 tips atasi bau mulut sebelum kena tegur dek kawan nanti.

5 TIPS ATASI BAU MULUT

1. Gosok Gigi & Lidah


Walaupun korang gosok gigi setiap hari sampai 3-4kali pun jangan lupa gosok skali dengan lidah. Masa gosok gigi tu, tarik dan hembus nafas untuk hilangkan bau mulut tu.

2. Teh Hijau


Cuba minum teh hijau tanpa gula setiap hari. Teh hijau mengandungi zat polyphenol yang berfungsi membersihkan bakteri dalam mulut dan saluran pernafasan.

3. Ubat Kumur


Dah banyak terjual ubat kumur zaman sekarang ni. Beli je terus yang botol besar, lagi jimat. Beli 1 botol yang kecil untuk diletakkan dalam handbag so selepas korang rehat waktu tengahri tu boleh la kumur kan. Lagi tu kebersihan mulut pun terjamin.

4. Kurangkan Makanan Manis


Makanan yang manis memang sedap tetapi risiko pada gigi korang pun dahsyat. Makanan yang bergula akan lebih cepat melekat pada gigi dan sukar untuk dibersihkan, akhirnya gigi akan jadi cepat rosak dan menyebabkan bau mulut. Lagi satu adalah minuman kafein, memang kesan pada gigi yang sangat ketara. Sebaiknya korang elakkan atau kurangkan la k...

5. Air Mineral


Minumlah air mineral yang secukupnya setiap hari. Walaupun korang akan minum air manis selepas makan atau berehat, minum la juga air mineral. Bilas air manis tu. Lagipu ia membantu mencegah bau mulut. Air mineral juga dapat meningkatkan produksi air liur, sehingga kebersihan mulut tetap terjaga.

rujukan:mingguan wanita

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

3 comments:

  1. 6. buat pemeriksaan gigi secara berkala. mana-mana gigi yang rosak perlu dibaiki. contohnya gigi berlubang mudah mengumpul sisa makanan. kena cepat2 tampal.... :)


    Salam.. haii.. jemput join giveaway saya ye.. ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIC dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM350 untuk direbut..!! Jom ajak ramai-ramai join.. jomm.. jommm..!! tQ so much... :)

    ReplyDelete

Followers

social network

APDM SAPS