SAMBUTAN HARI RAYA DI UTARA

5:59:00 PM

Assalammualaikum...

Masing-masing masih dalam mood berhari raya kan. Open house kemain banyak lagi dapat jemputan. Tambah lagi dengan jemputan kahwin lagi. Alhamdullilah arini selesai majlis pertunangan adik ipar Ida. Buat simple je...lagipun orang jauh..so die datang merisik sekaligus datang sarung cincin tunang. Tak perlu nak buat majlis besar macam nak buat majlis kahwin.


Minggu lepas hampir seminggu Ida berhari raya di rantauan.Tak la jauh mana pun. Hari raya ke-2 tu Ida balik Kedah dan Perlis. Pastu sambung berhari raya je Kuala Lumpur plak..hari rabu baru ni baru sampai rumah. Anak-anak memang kepenatan. Tidur pun dalam kereta je.Mandi pun kat RNR je.heheheh..ganas tak.

rumah tok Jitra

Perjalanan beraya kat sana kami ke Perlis dulu pergi beraya rumah tok sebelah mak tiri Ida. Bertolak malam dari Kemaman so sampaila pagi esoknya. Mandi kar RNR Gurun dan terus ke Perlis. Sampai sana dalam pukul10 pagi la. So kami terus makan tengahari kat sana. Petang tu kami  terus ke Jitra rumah tok sebelah ayah.

tok dan wan dan juga mak sedara. Termasuk la sepupu


Kebetulan jalan sehala menghala ke sana. Singgah la kejap. Tidur la semalam kat rumah kawan kat  Sungat Petani selepas balik dari Jitra. En suami pun memang dah lama kenal ngan suami kawan Ida so takdela segan sangat.

rumah kawan di Sungai Petani

Esoknya kami teruskan perjalanan kami beraya kat rumah mak sedara en suami pula dekat Padang Serai Penang. Sampai sana pun dalam tengahari. Kat sana Asyraf suka sangat la sebab ada kandang lembu ternakan. Kerbau pun ada. Asyraf memang suka tengok binatang ni. Excited die tengok masa lembu baru balik dari makan rumput kat kampung seberang. Ada 1 kerbau tu panjang tanduk die. Orang kata kerbau malau. Ye kot ayatnye.hehehe.So kami beraya sampai magrib la dan kemudian bertolak ke Kuala Lumpur pula.

gelagat kampung boy


kerbau ni la yang panjang tanduk die


Besar kan tanduk die

Sampai Kuala Lumpur pun waktu pagi kami sarapan dan berehat dekat Sg buloh. Suami memang sorang je yang drive so memang banyak la tempat kamo singgah berhenti tidur dulu. Itu pun jalan sesak sangat masa menghala ke Kuala Lumpur. 3 jam tu...nasib la malam,anak-anak tidur. Kalau tak memang meragam la.

di RNR Sg Buloh

Anak kawan kolej di Keramat

Kat Kuala Lumpur Ida beraya kat rumah kawan di Keramat. Kawan masa kolej,suami pun kenal. Die ex-housemate Ida la,belajar dalam kos yang sama. Ikutkan banyak lagi tempat nak beraya. Kawan-kawan en suami tapi masing-masing takde kat rumah. So takde rezeki la nak jumpa.

Petang tu kami bertolak balik ke Kemaman tapi kami singgah bermalam pula di Genting Highland.heheheh..Nanti Ida akan ceritakan pula k..so entry ni ada sambungan la..hahahhaa

You Might Also Like

3 comments

  1. Saya pun beraya di utara jugak...hehee..mmg tiap2 thn balik penang sbb laki bini org penang..;)

    ReplyDelete

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)