4 KEBAIKAN TEMANKAN ISTERI BERSALIN,KHAS UNTUK PARA SUAMI

Assalammualaikum...

Saat tiba masa nak bersalin,hati ibu-ibu mesti rasa berdebar-debar. Mula la datang perasaan takut,gelisah,semua ada. Selalunya berlaku pada ibu-ibu yang masih muda. Saat ini para suami la mesti memainkan peranan yang penting.



Saat ini si isteri amat memerlukan sokongan dan semangat dari si suami. Ini antara 4 kebaikan temankan isteri bersalin khas buat para suami.

4 KEBAIKAN TEMANKAN ISTERI BERSALIN

1. Mengurangkan debaran 

Oranng kata suami isteri ada satu naluri yang sama. Suami isteri mesti rasa berdebar untuk menyambut kelahiran anak mereka. So kongsi rasa tu bersama-sama. Jangan la plak si suami punya la nervous sampaikan pengsan sebelum masuk dewan bersalin.heheheh.

2. Meredakan kesakitan 



Si isteri sedang menahan kesakitan yang teramat sangat. Sakit die macam sengugut tapi rasa lebih sakit dari itu. Kata-kata semangat,suami usap dan pegang tangan isteri dah cukup nak kurangkan rasa sakit si isteri.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami 



Bila tengok si isteri berjuang untuk melahirkan anak mereka,menahan kesakitan sekaligus si suami akan rasa lebih menghargai perjuangan si isteri.

4. Lebih menghargai 


Bila melihat keadaan isteri si suami akan rasa lebih menghargai dan sayang pada isteri. Sepertimana isteri sanggup bertarung nyawa seorang diri untuk melahirkan anak. Jangan la umpama orang kata " pandai buat anak tapi tak pandai jaga", dah bersalin biarkan isteri seoran diri uruskan anak. Suami tak menghargai apa yang isteri lakukan.

TIPS BAGI SUAMI YANG CEPAT PITAM NAK TEMANKAN ISTERI

  1. Memegang tangan isteri semasa sakit kontraksi datang.
  2. Mengelapkan peluh yang membasahi .
  3. Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan.
  4. Memberi isteri minuman.
rujukan:Pama

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

1 comment:

  1. Mmg betul semua tips ni tapi kan...masa sakit nak bersalin anak sulung dulu...terlampau sakit sgt sampai rasa nk tendang org hahaha sabar je la...:P

    ReplyDelete

Followers

social network

APDM SAPS