8 TIPS ELAK MENGANTUK DI PEJABAT SEBELUM KENA MARAH DENGAN BOSS

Assalammualaikum...

Cakap pasal mengantuk di pejabat ni Ida teringat masa zaman sekolah dulu. Memang kerap mengantuk dalam kelas. Bila habis je cikgu ajar terus tidur dengan berbantalkan tangan atas meja. Mesti korang pernah buat kan? Ada kawan sekolah tu pula sampai keluar air liur basi..eee...punya la lena die tidur,sampai berbekas muka tu.




Masa dah bekerja pun takkan la nak buat perangai macam budak sekolah lagi kan. Cukupla sekadar berehat sekejap masa waktu makan tengahari. Jangan la sampai nak tidur dalam pejabat. Ini ada 8 tips elak mengantuk di pejabat.



8 TIPS ELAK MENGANTUK DI PEJABAT

1. Bau-bauan 




Tak semestinya nak hilangkan mengantuk kena minum kopi. Cukup sekadar bau pun dah buat korang rasa segar. Contonya aroma minyak seperti lavender,eucalyptus atau mint. Kalau rasa taknak guna bau camtu,letak je kotak spray ambi pur yang akan tekan setiap berapa minit tu. Konfirm segar je.

2. Urut 




Ada beberapa teknik untuk sistem tubuh korang akan kembali segar. Urut di bahagian telapak tangan, muka dan kepala. Dalam masa beberapa sahaja, korang mesti akan berasa segar dan aktif semula. Kalau cadangan Ida bawa penyepit baju kat rumah. Sepit jari tu.heheheh

3. Cahaya



Keadaan bilik yang terlalu gelap pun boleh buatkan korang rasa mengantuk. Ia akan memberi isyarat kepada otak yang ini masa untuk tidur. Kalau rasa mengantuk sangat,terus pergi basuh muka ke. Duduk di kawasan yang terang dan ada cahaya matahari selama beberapa minit untuk rasa segar.

4. Jangan duduk terlalu lama di kerusi anda



Walaupun kerja tu terlalu banyak pastikan korang akan gerakkan badan skit. Biasalah bila terlalu sibuk,badan akan penat dan korang akan mengantuk. Pergi berjalan-jalan sekeliling pejabat untuk segarkan badan. Jangan pergi berjalan ke meja lain untuk mengumpat plak.huhuhu

5. Makanan 


Bila keadaan lapar ini pun boleh menyebabkan korang cepat rasa mengantuk. Tektik paling best,sedialaj snek masa di pejabat. Yang pasti masa sarapan atau makan tenghari jangan makan terlalu banyak. Bak orang cakap la "bila perut dah kenyang,mata pun rasa mengantuk". Jangan la pula makan nasi lemak masa waktu bekerja. Kang tak psal kena marah dengan boss. Ida cadangkan korang jadikan kekacang sebagai snek. Bagus untuk kurangkan berat badan sekali.

6. Muzik




Ini salah satu tips yang Ida suka. Dengar muzik. Bila dengar muzik automatik kita akan ikut rentak die sekali dan sesekali mesti badan tu turut akan bergoyang dan menari, Betul tak?Serius memang akan rasa segar je badan,otak pun boleh dapatkan lebih banyak idea untuk menaip.

7. Air




Minum air suam selalu untuk menyegarkan minda dan tubuh korang. Sekaligus bagus untuk kesihatan korang. Sekurang-kurangnya minum 3liter setiap hari. Bawa je botol air besar dari rumah tu.

8. Bersihkan meja 



Kadang kala keadaan meja yang terlalu berselerak pun akan buat korang senang nak mengantuk. So rajin-rajin la kemas meja tu biar kemas dan tersusun. Buang sampah yang ada atas meja tu. Bila bersih dan kemas kan buat korang rasa selesa dan bersemangat skit nak buat kerja..Ye dok...


Ubat Tahan Mengantuk Tanpa Dadah: Cergas Sokmo! from iReach HD on Vimeo.



Sebab apa Cinch Tea Energy ni dikatakan ubat tahan mengantuk. Kerana kandungan match green tea didalamnya sebagai energy booster. Nama sendiri pun cinch tea energy kan of couse la untuk tenaga.heheheh.

Kalau nak rasa tendangan teh ni yang boleh membuatkan mata korang sampai ke 2pagi,cuba la..hehehe. Badan sendiri sentiasa bertenaga.

Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya


Post a Comment

1 Comments