5 TIPS KURUS SEBELUM DIIJABKABULKAN,ELAK SANDING PAKAI BAJU LAIN

Assalammualaikum..

Walaupun masih dalam bulan Syawal tapi dah banyak jemputa kahwin telah diterima kan. Ada yang dalam bulan ni juga dan ada dalam masa 3-4bulan lagi akan langsungkan majlis pernikahan. Bagi para pengantin ada satu masalah yang sering menghantui mereka iaitu masalah berat badan.



Ada yang risau berat badan akan bertambah naik sebelum akad nikah nanti. Mana baju yang dah disewa atau ditempah takut nanti tak muat plak. Huru-hara jadinya nanti. Ini ada 5 tips kurus sebelum diijabkabulkan elak dari korang sanding pakai baju lain.


5 TIPS KURUS SEBELUM DIIJABKABULKAN

1. JANGAN ABAIKAN SARAPAN 



Ramai yang ambil sambil lewa bab sarapan pagi ni. Tanggapan ia kata sarapan ini menggemukkan adalah salah dan sebenarnya ia bagus untuk kesihatan dan diet korang. Paling baik adalah dengan sarapan yang menyihatkan tetapi yelah tekak melayu ni mana boleh dipisahkan dengan makanan Asia. Boleh nak makan nasi lemak ke,bihun goreng ke tapi dalam kuantiti yang sedikit atau sederhana Janganlah sampai nak tambah sampai 2-3pinggan. Kalau rasa malas sangat nak sarapan cukup sekadar semangkuk oat dengan campuran susu rendah lemak dan buah-buahan segar.

2. SENTIASA ‘HIDRAT’




Senaman, bahang matahari serta pendedahan berterusan terhadap penghawa dingin menyebabkan badan dinyahhidrat. Sebab itu la korang memerlukan air dengan kadar yang banyak.Pastikan dan displinkan diri untuk minum 2-3liter air setiap hari.Ini bagi melancarkan proses penyingkiran toksin melalui perkumuhan, rasa lebih bertenaga, membantu ton kulit yang lebih sekata sekaligus korang akan nampak berseri masa majlis kahwin nanti.

3.HADKAN PENGAMBILAN MAKANAN DIPROSES 




Sebaiknya apa yang korang makan setiap hari dimasak sendiri. Mentang-mentang la dok bujang sekarang ni kan, makan je makanan yang diproses tu. Sekali sekala takpelah,ni kalau hari-hari memangla berat badan tu naik. Ingat makanan yang diproses tu ada banyak gulan dan lemak. Tak pasal-pasal dah mula timbul selulit kat badan korang.

4.KURANGKAN GARAM 




Garam dan sodium adalah penyumbang utama kepada penyakit darah tinggi. Makanan yang diproses bukan sahaja ada banyak gula malah ada banyak garam sebab nak buatkan makanan tu tahan lama dan sedap. Gantikan dengan herba dan rempah untuk perasa tambahan dalam masakan korang.

5. JUMLAH YANG BETUL 



Makan dalam kuantiti yang banyak pada waktu lewat petang membuatkan berat badan korang akan bertambah. Makan empat hingga enam kali sehari dalam saiz hidangan yang kecil. Elak makan makanan berat pada waktu malam selepas pukul10 malam kerana boleh menyebabkan perut korang buncit.



Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya


Post a Comment

0 Comments