RESEPI KUIH KERIA KENTANG

Assalammualaikum...

Semalam masa nak masak untuk berbuka Ida terasa nak buat kuih so tengok la page dalam facebook ada kongsikan resepi kuih keria kentang. Tengok macam menarik,so Ida try la buat...tak sangka plak sedap la jugak.hehhehe..

RESEPI KUIH KERIA KENTANG

Bahan-bahan

kentang (terpulang nak berapa banyak) 
1 sudu planta/marjerine
1 sudu gula
tepung gandum


Cara-caranya:

1. Rebus kentang sehingga empuk dan lenyekkan.
2. Letak kentang dalam bekas dan gaul dengan semua bahan-bahan kecuali tepung.
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga doh menjadi tak melekat. Dalam resepi die suruh letak dalam 1 cawan je tapi Ida buat sebab doh lembik rasanya lebih dari 3cawan.
4. Bila dah siap doh tu bentukkan jadi donut. Kalau tak nak bagi melekat pada tangan,letak minyak skit pada tangan masa nak uli tu.
5. Goreng sampai keemasan.


Cara nak buat sira:

6 sudu gula atau lebih
6 sudu besar air

Masukkan bahan sira tu dalam kuali,gaul dengan doh yang digoreng tadi. Mula-mula akan nampak tak jadi berair camtu. Tapi jangan risau,gaul lama dengan api sederhana sampai gula tu akan melekat pada donut dan jadi berketul-ketul.

Dah siap...


SELAMAT MENCUBA!

2 comments:

Followers

social network

APDM SAPS