5 SEBAB BAHAYA BABY WALKER PADA ANAK-ANAK

7:28:00 AM

Assalammualaikum...

Ramai yang fikir bila gunakan baby walker ni senang nak ajar anak berjalan atau kita senang nak buat kerja. Tapi sebenarnya menghalang dari anak untuk belajar berjalan dan mendorong kepada bahaya yang lain. 



Ida memang tak galakkan anak-anak Ida duduk dalam baby walker thatway tak beli pun baby walker walaupun sebenarnya kita risau anak akan jatuh atau sebaliknya. Tapi mari kita lihat pada 5 sebab bahaya baby walker pada anak-anak.


4 SEBAB BAHAYA BABY WALKER PADA ANAK-ANAK

1. Turun tangga


Tak semua orang duduk rumah setingkat dan ada juga rumah 2tingkat. Bila anak duduk dalam baby walker ni menyebabkan anak senang nak bergerak sendirian dan kalau kita terlalu leka. Ini menyebabkan anak jatuh tangga dan banyak kes anak patah tulang,cedera di kepala. Thatway di negara barat baby walker tidak banyak digunakan lagi disebabkan hal-hal seperti ini.

2. Melecur atau terbakar


Bila anak duduk dalam baby walker ni memudahkan lagi anak untuk mencapai objek yang lebih tinggi. Contoh kalau letakkan anak dalam baby walker dan kita masak. Kebetulan kita sendiri nak ke tandas dan biarkan anak dalam baby walker. Bukan ke itu bahaya kalau die boleh mencapai periuk yang panas atau air kopi yang panas. Malah senang anak untuk menarik alas meja.

3. Lemas


Ini bagi rumah-rumah yang ada kolam atau tab mandi. Mungkin kadangkala kita tak sedar kalau pintu bilik air tak tutup. Kita pula biarkan anak sendirian bergerak dalam baby walker. Apa akan terjadi nanti?

4. Diracun

Bukan bermaksud kita meracun anak ye. Nauzubillah...maksudnya anak termakan racun dan sebagainya. Anak bila boleh bergerak bebas sendirian dia akan ambil benda yang menarik perhatian die. Sebab dalam masa yang sama anak-anak seusia ni minat kepada ingin tahu dan rasa apa yang ada di depan die. Sebaiknya benda-benda beracun dan bahaya ni letak dalam kabinet yang berkunci atau tempat-tempat yang tinggi.

5. Anak lebih lambat berjalan.


Bila kita nak berjalan,kita perlukan otot-otot yang kuat untuk bergerak. Begitu juga dengan anak-anak yang baru nak belajar. Bila duduk dalam baby walker,ini membataskan pergerakan otot-otot die. Malah kata Dr Zubaidi ini menyebabkana kaki anak cacat sebab kaki die dalam keadaan tidak lurus sebabnya anak-anak yang duduk dalam baby walker kebanyakkannya akan menggunakan hujung jari untuk bergerak.


Nasihat Ida...boleh kalau nak gunakan baby walker tapi kena sentiasa berhati-hati dan janglan leka biarkan anak sendirian.

Moga memberi manfaat!

You Might Also Like

5 comments

  1. pada sy kan, semua yg di atas tu berkait dgn perhatian ibubapa je..kalo jenis yg suka biarkan anak, kalo x pakai walker pn semua di atas tu akan berlaku..so bg sy, sy x setuju dgn alasan2 di atas..hehehe...yg penting ibubapa kena pantau samada berwalker atau tidak..

    ReplyDelete
  2. Nice sharing Ida, selama nie tak terfikir baby walker tu bahaya...

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya baby walker tu tak elok sebab dia jump milestone anak2..anak2 sepatutnya kena menyulur,merangkak dan berjalan..apabila kita letak di baby walker,kita dah skip satu milestone anak..itu sebenarnya ada kesan pada perkembangan otak anak dan juga kesan pada tulang belakang apabila anak itu dewasa..

    ReplyDelete
  4. Owh . Wow i didnt expect that it did had a problem . Waaa . Kene bagitau nephew ni . Eh silap gtau nephew die tak paham ( hak hak hak ) . Kene gtau mak apak dorg ni . Btw GOOD INFO . Thumbs up and thanks for sharing

    ReplyDelete
  5. Anak akak semua dah besar2...masa diaorg kecik dulu mmg guna jugak walker ni...tapi akak setuju la, bnyk bahayanya.

    ReplyDelete

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)