6 TIPS AGAR BAYI SUKA MAKAN

Assalammualaikum..

Anak-anak bermula 6 bulan kita dah boleh suapkan makanan pada mereka tapi bukan dalam bentuk pepejal je. Dalam bentuk puree dan bila meningkat umur baru boleh bagi dalam bentuk pepejal.


Tapi kadang-kadang anak-anak ni cerewet skit bab makan. So mula la graf pembesaran die jadi mendatar atau menurun. Ini sedikit tips agar bayi suka makan.

6 TIPS AGAR BAYI SUKA MAKAN


1. Campurkan dengan susu ibu


Bayi 6 bulan baru pertama kali merasa makanan lain selain dari susu ibu. So berkemungkinan mereka aga sukar nak terima makanan lain. So bolehkan buatkan puree atau bubur yang dicampur dengan sedikit perahan susu ibu.

2. Buat jadual rutin

Sebaiknya waktu makan biarkan sama waktu dengan menyusu. Jangan berikan selepas menyusu sebab diorang memang takkan makan. Pastikan anak dalam keadaan lapar dan tak mengantuk. Kalau Ida masa ajar anak makan dalam usia macam ni. Bagi makan selepas diorang bangun tidur pada waktu pagi. Bukan waktu pagi subuh tu..tapi selepas diorang dan bangun mandi dan tidur semula.Maksudnya dalam pukul 10 pagi ke atas.

3. Masak sendiri makanan bayi

Dah jadi ibu-ibu ni kena la rajin-rajin masak ye tambah dah ada anak. Walau sesibuk mana pun masaklah untuk anak. Jangan la dari kecik dah ajar anak makan masakan luar. Khasiat yang ada belum tentu terjamin. Kalau rasa malas sangat. Masak sekali banyak,bekukan buat stok.

4. Kelengkapan Makan Yang Menarik


Kadang-kadang bayi ni suka tengok benda yang menarik. Apa susah beli je 1 set pinggan  mangkuk yang ada gambar Minnie mouse ke,hello kitty ke..warna-warna yang menarik perhatian mereka.

5. Jangan mudah putus asa

Ibu perlu sabar bila nak ajar anak makan. Memang rasa nak give up je. Tapi jangan,anak-anak ni amik masa nak terima semua makanan tu. Sama seperti mereka nak belajar menyusu dulu.

6. Jangan memaksa


Jangan sekali-kali memaksa bayi menghabiskan makanan yang korang masak. Asalkan die makan dalam 3-4 suap pun dah memandai. Lama-lama die akan habiskan makanan dalam pinggan die. Walaupun kadang-kadang ada sampai kena kejar anak sana sini.heheheh...

rujukan:Pama

SEMOGA MEMBERI MANFAAT

Post a Comment

0 Comments