4 CARA KURANGKAN PENGAMBILAN KOPI SEMASA HAMIL

Assalammualaikum..

Ramai juga dikalangan masyrakat ni yang suka minum kopi lebih-lebih lagi orang yang berusia la. Kalau Ida masa sekolah rendah tak berapa suka minum kopi. Masa tu fikir air kopi minuman orang-orang tua tapi sekarang. Sedap je minum.heheheh



Tapi persoalannya boleh ke wanita megandung ni minum kopi. Sepertimana yang kita tahu kafein ini bersifat diuretik yang menganggu penyerapan zat besi dalam tubuh yang amat diperlukan oleh ibu hamil.


Bukan bermakna tidak boleh minum langsung tapi kurangkan dalam 1 hari itu dalam 2kali je minum. Dan paling penting jarakkan pengambilan vitamin zat besi selepas minum kopi selama 30minit-1jam. Jangan salahkan ubat pulak kalau hb korang tak naik semasa mengandung ye..

4 CARA KURANGKAN PENGAMBILAN KOPI SEMASA HAMIL


1. Kawal pengambilan

Cukuplah sekadar 2 cawan sehari lebih kurang 200mg masih dalam selamat untuk ibu hamil. Semakin skit kafein semakin baik. Kalau boleh jangan la minum sampai 1 cawan penuh. Kurangkan lagi cukupla sekadar nak hilangkan rasa mengodam kopi tu kan.

2. Bertukar kepada teh

Teh juga mengandungi kafein namun jumlah kurang berbanding kopi. Sebaiknya minum teh hijau yang tinggi kandungan vitamin C dan antioksidan. Lebih elok jika anda buat minuman teh menggunakan daun teh sebenar. Caranya didihkan daun teh dalam air mendidih selama 30 saat dan terus tuang ke dalam cawan. Dengan cara ini, kandungan kefein dalam teh tidak terlalu banyak. Elakkan daripada minum teh herba yang boleh beri kesan pada kandungan.

3. Sentiasa ingat tujuan

Azam tu yang penting. Dalam otak tu dah setting..ok time pregnant aku nak stop minum kopi nak bagi baby ni sentiasa sihat. Insyaallah kita boleh.

4. Cara pengganti

Kenapa suka minum kopi? Adakah sebab rasanya atau beri tenaga? Kalau rasa beri tenaga apa kata tukar dengan snek yang kaya karbohidrat dan protein. Atau buat senaman skit dalam 10minit jalan kaki dan pastikan korang tidur mencukupi sepanjang kehamilan untuk elakkan badan terlalu letih.


Post a Comment

1 Comments