BERKELAH DI PANTAI CHENDOR

11:35:00 PM

Assalammualaikum...

Harini en suami cuti sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Terengganu. So kawan-kawan suami ada plan nak buat bakar-bakar sambil berkelah di tepi pantai. Cadangnya nak ke Pantai Cherating tidur sana tapi semalama sampai hampir RM200 mcam tak berbaloi sebab kejap je. So kami berkelah di Pantai Chendor.



Dalam pukul8 pagi camtu kami bergerak ke Pantai Chendor,tak jauh pun dalam masa 15minit camtula kitorang dah sampai. Suami buat perapan ayam dari semalam.Ida pagi ni masah bihun goreng dan air kopi bawa untuk berkelah.


Asyraf la yang teruja dari semalam cakap nak mandi pantai. Kebetulan slah seorang budah keje suami tu sepupu kami sendiri. Die pun bawa anak-anak die.So Asyraf ada la kawan nak bermain. Tak ramai pun yang datang. Dalam 10 orang macam tu la. Yang lain kata nak join tapi tak datang pun.

makan aiskrim pun nak masuk dalam air. 

Sampai sana Asyraf dah terus main pantai dengan sepupu-sepupu die. Ida dengan Aqil dok atas tikar landing sambil makan sebab belum sempat sarapan.heheh. En suami dengan sepupu die siapkan arang nak bakar ayam.

Dalam 15minit camtu barula lagi 2 orang kawan die datang bawa juga beberapa makanan. Agak banyak juga la makanan untuk kami ni. Orang dewasa 6 orang je pun.hehehe. Tapi habis juga.

Kemain lagi suka Asyraf mandi sampai berbelang muka dengan badan die. Mana taknye main air sampai ke tenghari. Aqil mula-mula taknak tidur selepas menyusukan die. Last-last dah penat tidur juga la. Suami buatkan buai gantung kat pokok.


Habis mandi dah siap tukar-tukar baju,diorang makan lagi.hehehe. Sebelum mandi dah makan ni selepas mandi pula. Lapar la katakan. Rehat-rehat sekejap..santai-santai. Kami berkemas untuk balik.




si kecik baru bangun tidur dahaga sangat tu

Asyraf sampai selsema dan batuk mandi pantai arini. Tak boleh tahan berbelang badan die sebab mandi pakai singlet,nampak la bekas terbakarnye..huhuh. Takpelah..sekali sekala bukan selalupun. Lagipun air pantai ni bagus juga untuk kesihatan kan.

Balik rumah selepas mandi bilas badan tu. terus tidur kepenatan. Bangun tidur je Ida sakit kepala agaknya sebab musim panas ni.

You Might Also Like

2 comments

  1. seronok juga kan dapat berkelah di tepi pantai dengan angin yang kuat.

    ReplyDelete
  2. seronok berkelah..
    dah lama tak mandi laut

    ReplyDelete

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)