7 TIPS REDAKAN DEMAM DAN SELSEMA ANAK TANPA UBAT DENGAN CEPAT

11:52:00 PM

Asalammualaikum...

Bila anak-anak mula demam dan selsema hati ibu mana la nak senang. Nak buat kerja pun susah hati sebab anak asyik merengek je. Bila check suhu badan plak melebih 37'c. Aish...tak boleh jadi ni. Mesti kelam-kabut nak bawa pergi ke klinik ambil ubat. Ada tu sampai 2-3 klinik pergi amik ubat masih belum sembuh jugak.



Alhamdullilah anak-anak Ida susah nak jatuh sakit. Dalam masa 1 tahun tu boleh kira la dalam 2-3 kali je die akan demam,selsema atau batuk. Dan selalunya memang tak lama. Ida pula jenis kurang bagi ubat-ubat ni kalau anak jatuh sakit kalau teruk sangat bagi juga tu pun kadang-kadang je.Kali ni Ida akan kongsikan 7 tips redakan demam dan selsema anak tanpa ubat dengan cepat dari pengalama Ida sendiri.

7 TIPS REDAKAN DEMAM DAN SELSEMA ANAK TANPA UBAT DENGAN CEPAT

1. Jangan pakaikan baju mahupun selimutkan anak. 

Biarkan badan die terdedah dengan persekitaran supaya haba panas badan cepat sejuk. Kalau yang kecik bagi pakai pampers je.

2. Kerapkan mandi

Biar die kerap mandi. Setiap kali kita nak tukar lampin atau die nak ke tandas ke. Tak nyah mandi lama-lama pun asalkan bagi sejuk badan tu. Biar die rasa selesa

3. Sedut selsema

Yang ni jarang ibu bapa yang nak buat. Katanya geli. Ida memang akan sedut selsema anak sejak die dari kecik lagi kalau selsema. Mesti ada yang tanya "rasa apa". Mesti la rasa masin-masin skit..hehehe..

4. Banyakkan minum air

Pastikan die minum air dengan banyak supaya badan tak terhidrat nanti.

5. Sapukan dengan minyak bawang putih

Ini Ida suka letak setiap kali die demam,batuk atau selsema. Kalau hidung die berair tu..letak je time die tidur malam tu kat tapak kaki,dada,belakang badan dan skit kat hidung. Esok tu memang dah tak berair hidung tu. Nak tahu buat macam mana,klik kat sini

6. Check suhu badan

Pastikan korang sentiasa check suhu badan anak. Kalau dah lebih dari 38'C cepat-cepat la bawa ke klinik k..

7. Tuam dengan air ais

Ida kalau anak-anak demam memang akan tuam dengan air ais. Letak air ketul tu. Tambah ais skit..tuam la kepala dan badan die. Tapi ada kelainan skit Ida suka tambahkan beberapa titis Basic H Shaklee. Memang setiap kali Ida letak dan tuam. Memang panas badan die cepat hilang.

Ni antara tips redakan demam dan selsema anak tanpa ubat dengan cepat. Alhamdullilah..ida akan buat semua ni kalau diorang jatuh sakit...dalam masa 3-4hari je dah sembuh. Ni tanpa bagi makan ubat demam kat klinik. Kalau nampak teruk,suhu tinggi baru bagi makan ubat. Tu pun 2-3kali je. Ida lebih suka buat secara natural. Dan alhamdullillah diorang aktif je macam biasa takde la nampak menempek penat kat atas sofa.


Tips yang Ida bagi ni bila anak start demam dan selsema tau. Kalau nampak anak tak larat sangat,nampak teruk bawa g klinik..jangan biarkan k...

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.



You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)