RESEPI CEKODOK PISANG MUDAH

Assalammualaikum....

Asyraf memang suka makan pisang. So en suami belikan la pisang tapi tak berapa nak elok so Asyraf pun taknak makan. Baru sehari dah nampak lembik, so Ida terus masukkan dalam peti ais. Esoknya buat cekodok pisang. Simple je sebab selama ni Ida buat tak pernah jadi. Resepi cekodok pisang ni Ida agak-agak je tau...takde sukatan.

RESEPI CEKODOK PISANG MUDAH

  • pisang
  • gula merah
  • tepung soda 
  • baking powder
  • telur 1 biji
  • tepung gandum
  • garam
CARA-CARA

1. Lenyekkan pisang sampai lumat.
2. Masukkan sedikit garam dan gula merah tengok pada berapa banyak pisang yang korang letak.
3. Letak baking powder dan tepung soda. Skit je. Ida anggarkan 5biji pisang dengan suku sudu je.
4. Masukkan tepung gandum sedikit. Kacau.
5. Masukkan telur dan kacau. Masukkan tepung lagi sehingga tepung korang tak jadi terlalu cair tak jadi terlalu likat.
6. Dah siap digoreng.

Mudah kan?


Jemput makan semua....

4 comments:

  1. saya tak pernah letak gula merah pun...boleh cuba resepi ida ni pulak lepas ni.

    ReplyDelete
  2. ooo letak gula merah.. next time boleh cuba. selalu letak gula putih rasa biasa2 je kan :D

    ReplyDelete

Followers

social network

APDM SAPS