RESEPI JUS KURMA

Assalammualaikum..


Kebetulan banyak sangat kurma yang Ida dapat masa bulan puasa aritu. Ida tak makan sebab jenis manis dan lembik. Ida suka yang keras skit,tak manis sangat. So dari Ida buang, baik Ida buat jus kurma. Apa lagi mula operasi kurma untuk dijadikan jus kurma.

Sebelum nak buat jus kurma, Ida rebus dulu semua kurma untuk dijadikan pati. So takde rasa susah nak buat air kurma nanti kan.



semua buah kurma dibuang bijinya masuk dalam periuk


masak sehingga buah kurma jadi lembut
  • Bila buah kurma dah lembut. Sejukkan die dulu.
  • Masukkan ke dalam blender dan tambah sedikit air
  • Tapis air kurma tu jika tak suka keladak buah kurma tu.
  • Dah siap untuk dibuat jus.

RESEPI JUS KURMA


Bahan-bahan:

1. Susu dutchlady
2. Madu
3. Pati kurma yang telah ditapis
4. Ais batu

Blend semua bahan-bahan. Dah siap diminum.
Senang kan?


dah siap untuk diminum. Ni Ida ada tambahan perisa Mealshakes skit. Ada skit rasa vanilla. Sedap dan kenyang.hehehhe

SELAMAT MENCUBA!!

2 comments:

Followers

social network

APDM SAPS